Perlawanan sentimental Arteta malam ini.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, sentimental memberikan definisi sangat mudah dipengaruhi perasaan, menyentuh perasaan mahupun mengharukan serta berkaitan jenis lagu-lagu.

Mikel Arteta, menghabiskan tempoh tujuh tahun bersama Everton (2005–2011 ) sebelum menyertai Arsenal pada tahun 2011 sebagai pemain.

Sudah pasti tempoh itu memberikan kenangan menarik buat Arteta.

Dan menjelang perlawanan malam ini, Arteta yang dilantik menjadi pengendali Arsenal pada waktu yang sama sebagaimana pengendali Everton dilantik, pasti sedikit sebanyak menyentuh perasaan beliau.

Carlo Ancelotti dilantik menjadi pengendali Everton secara rasminya adalah pada 21 Disember 2019,dengan perjanjian empat tahun setengah.

Perlawanan pertamanya sebagai pengurus Everton adalah kemenangan 1-0 ke atas Burnley pada 26 Disember.

Manakala Arteta pula dilantik menjadi pengendali Arsenal pada 20 Disember 2019 dan perlawanan pertamanya selaku pengurus adalah seri 1-1 menentang Bournemouth.

PERSAMAAN

Selain berkongsi tarikh yang hampir sama dilantik menjadi pengendali pasukan, kedua-dua pengendali ini juga berkongsi pengalaman yang sama iaitu tidak mengenali pemain masing-masing dengan mendalam ketika mengambil alih tugasan tersebut.

Malah kedua-dua mereka juga berkongsi pengalaman yang sama dimana mereka menyaksikan perlawanan diantara Everton menentang Arsenal pada 21 Disember lalu setelah dilantik menjadi pengendali pasukan.

Namun mereka berdua masih tidak menjalankan tugasan rasmi bersama kelab masing-masing ketika itu.

Dan mereka hanya menilai dan menyaksikan perlawanan tersebut yang dikendalikan oleh bekas pemain kedua-dua kelab.

Arteta dalam pendedahan yang dibuat melalui laman rasmi kelab, mengakui bahawa beliau tidak tahu apa yang akan dijangkan namun beliau sangat bangga kerana dapat menguruskan Arsenal.

Malah beliau sangat gembira dengan cara bagaimana semua orang membantunya di kelab.

“Para pemain, input mereka, mereka bermain dengan tenaga dan semangat yang mereka tunjukkan setiap hari dan begitu juga dengan kakitangan dan semua orang yang terlibat di sini.

“Kami mempunyai banyak perkara yang perlu dipertingkatkan dan sepertinya ia adalah lapan bulan yang lalu, tetapi ia tidak begitu jauh!” jelas Arteta.

KENANGAN EVERTON

Dengan menghabiskan tujuh tahun bersama The Toffees, Arteta pernah bermain bersama lagenda kelab itu iaitu Duncan Ferguson yang menjadi pengurus sementara Everton (interim) sebelum diambil alih Ancelotti.

Duncan Ferguson kini menjadi penolong kepada Ancelotti dan perlawanan malam ini sudah pasti merupakan sesuatu yang sentimental buat Arteta.

Arteta (kanan) bersama Duncan (tengah) ketika mewakili Everton.

Bagaimanapun, Arteta tidak mahu kenangan dan kisah lalu bersama Everton mengganggu perjalanannya dalam mencari tiga mata berharga malam ini.

Untuk rekod, Arteta sebagai pemain telah membuat 209 penampilan untuk Everton dan berjaya menjaringkan 35 gol.

Sidang media Mikel Arteta pada Januari lalu terganggu dengan ringtone Everton.
REKOD DALAM SAINGAN EPL – ARTETA DAN ANCELOTTI
Bil. Mikel Arteta Carlo Ancelotti
1 Bournemouth Seri Away Burnley Menang Home
2 Chelsea Kalah Home Newcastle Menang Away
3 Man Utd Menang Home Man.City Kalah Away
4 Crystal Palace Seri Away Brighton Menang Home
5 Sheffield Utd. Seri Home West Ham Seri Away
6 Chelsea Seri Away Newcastle Seri Home
7 Burnley Seri Away Watford Menang Away
8 Newcastle Menang Home Crystal Palace Menang Home
About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment