Perpindahan Auba ke Barcelona, kita lihat apa akan berlaku.

Barcelona mengulas mengenai pemain Arsenal, membayangkan perpindahan yang mungkin – “Kita akan lihat apa yang akan berlaku”

Jendela perpindahan kedua musim ini telahpun ditutup, namun khabar angin mengenai perpindahan penyerang sensasi Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang masih diperkatakan.

Sepanjang jendela Januari dibuka, laporan yang dikeluarkan media Catalan menjelaskan Barcelona berminat untuk menandatangani pemain Arsenal, Aubameyang berikutan kecederaan yang melanda Luis Suarez.

Malah bekas penyerang Arsenal, Olivier Giroud yang mana kontrak beliau bakal berakhir di penghujung musim ini bersama Chelsea, juga dilihat sebagai sasaran kepada pemenang La Liga pada jendela perpindahan kedua yang ditutup baru-baru ini.

Akhbar Catalan, Sport telah mengadakan satu wawancara minggu ini bersama Pengarah Teknikal Barcelona, ​​Eric Abidal dan beliau mengakui bintang The Gunners, penyerang Blues dan Fernando Llorente dari Napoli sememangnya berada dalam senarai pemain yang dikehendakinya.

“Terdapat senarai dengan pemain seperti Giroud, Llorente dan Aubameyang, tetapi untuk satu perkara atau yang lain kami memutuskan untuk tidak menandatangani.

“Kami percaya ia adalah yang terbaik untuk kelab ini, “kata Abidal.

Abidal kemudian ditanya mengenai pemain Arsenal dan memberikan pujian kepada pemain tersebut.

“Saya kenal dia. Saya tidak mampu melakukan apa-apa yang melangkaui bidang sukan.

“Dia mempunyai profil yang menarik. Dia penting, dan begitu juga dalam pasukannya.

“Adalah baik untuk membawa pemain yang mempunyai profil seperti ini, yang boleh berada di pasaran dan boleh membantu anda.

“Kita akan lihat apa yang akan berlaku, ” jelas Abidal.

Kontrak Aubameyang hanya berbaki setahun sahaja lagi selepas berakhirnya musim ini.

Dan jika beliau tidak mahu menandatangani pembaharuan kontrak bersama Arsenal, kemungkinan besar The Gunners akan menjualnya pada musim panas nanti.

Sementara itu, Abidal mengakui Barcelona akan membawa penyerang baharu pada jendela perpindahan seterusnya.

“Adalah logik bahawa pada musim panas ‘9’ akan datang.

“Ia adalah satu keperluan. Kami tahu bahawa Suarez akan kembali kuat, tetapi anda perlu membawa pemain ternama pada musim panas,” tegasnya.

“Kami tidak tahu sama ada ia akan menjadi pemain muda atau berpengalaman.

“Kami hanya melihat kepada bakat dan penyesuaian yang mereka mungkin ada.

“Kita harus berfikir bahawa beberapa pemain ternama telah datang dan tidak dapat menyesuaikan dengan baik. ”

Laporan Sport.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment