Connect with us

Arsenal

Preview: Arsenal v Newcastle

Published

on

Ketua Jurulatih Arsenal menerima berita gembira berhubung tahap kecergasan para pemain menjelang pertembungan menentang Newcastle.

Mikel Arteta memulakan kempennya bersama Arsenal sebagai ketua jurulatih dengan menerima skuad yang dipenuh dengan kecederaaan pemain untuk jangka pendek.

Namun memasuki musim sejuk di Dubai, keadaan telah menjadi sedikit baik berhubung perkembangan kecederaan pemain.

Melalui kemas kini di laman rasmi Arsenal, Sead Kolasinac, Pablo Mari, Bukayo Saka dan Reiss Nelson kesemuanya kembali cergas dan mampu beraksi untuk perlawanan tersebut.

Advertisement

Ketika ini hanya tiga pemain sahaja yang tidak mampu digunakan setelah masih lagi menjalani pemulihan dari kecederaan dan mereka adalah:

Kieran Tierney (bahu) – menunjukkan kemajuan yang baik dalam proses pemulihan dan telah terlibat dalam sesi latihan kumpulan.

Dan dijangka berada dalam latihan penuh pada akhir bulan Februari ini.

Calum Chambers (lutut) – masih menjalani proses pemulihan dan dijangka mengambil masa enam hingga sembilan bulan untuk pulih sepenuhnya.

Advertisement

Cedric Soares (lutut kiri) – menjalani latihan ringan di gim dan dijangka menjalani latihan penuh pada akhir bulan Februari.

Pablo Mari – menjalani latihan penuh namun dijangka diturunkan pada aksi menentang Olympiacos.

Rekod Head-to-Head

Berdasarkan kepada rekod yang dikeluarkan oleh laman Football UK, Arsenal berjaya mengatasi Newcastle sebanyak 89 kali manakala Newcastle pula berjaya mengalahkan Arsenal sebanyak 87 kali.

Kedudukan semasa

Arsenal ketika ini menduduki tangga ke-11 manakala Newcastle pula berada ditangga ke-12 liga selepas mengharungi 25 perlawanan.

Advertisement
Previue

Menyedari sokongan yang ditunjukkan oleh penyokong dan peminat terutamanya ketika beraksi di Stadium Emirate, Arteta jelas tidak mahu kehilangan momentuk yang ditunjukkan kepada pasukan ketika ini.

Mengalami hanya satu kalah dalam sembilan perlawanan sebagai Ketua Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta kini berusaha bagi memenangi hati penyokong kelab dan pada masa berusaha membawa The Gunners untuk berada di kedudukan lebih baik.

Dapat dilihat dimana pemain-pemain mula menunjukkan peningkatan walaupun gagal mencatatkan kemenangan dalam empat pertembungan terakhir liga.

Kali terakhir Arsenal mencatatkan kemenangan dibawah Arteta adalah pada awal tahun baru, ketika menewaskan Manchester United 2-0 dilaman sendiri.

Advertisement

Dengan tiga mata dianggap sebagai keperluan utama malam ini, Arteta tahu bahawa dia mesti mencari jalan untuk memperbaiki jentera serangannya yang sedikit bermasalah dengan hanya menjaringkan 13 gol dalam 12 perlawanan terkahir.

Setelah kekal sebagai pemain gantian yang tidak digunakan ketika perlawanan menentang Burnley, Nicolas Pepe sudah pasti berharap untuk diturunkan kali ini dan beliau setakat ini telah menjaringkan tiga gol dan dua bantuan gol dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Rekod Pepe setakat ini
Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit beraksi
Premier League 21 3 2 1,342
Europa League 4 2 2 159
FA Cup 2 159
EFL Cup
JUMLAH 27 5 4 1,660

Namun pemain muda berbakat, Eddie Nketiah mungkin diberikan peluang mengemudikan jentera serangan setelah Alexandre Lacazette ketika ini masih buntu untuk menjaringkan gol dalam lapan aksi terakhirnya.

Shkodran Mustafi, yang menerima pujian ketika membantu Arsenal mengekalkan ‘cleansheet’ di Turf Moor juga mahu sekali lagi membuktikan dirinya di Stadium Emirates dalam memenangi hati peminat yang kerap kali mengutuknya.

Mungkin beliau akan tampil dengan lebih yakin kali ini.

Advertisement
Newcastle

Steve Bruce terpaksa bekerja keras untuk mendapat sokongan kumpulan penyokong mereka dan mahu mencapai rekod lapan perlawanan tidak terkalahkan dalam semua pertandingan.

Walaupun Newcastle (sama seperti Arsenal) hanya enam mata di belakang enam teratas liga, namun begitu ianya juga dipisahkan hanya tujuh mata bersama kelompok pasukan yang berada di zon penyingkiran.

Prestasi Arsenal dalam saingan Liga Perdana : KMSSSS
Prestasi Arsenal (semua pertandingan): MSSSMS

Prestasi Newcastle United dalam saingan Liga Perdana : KKSMSS
Prestasi Newcastle United (semua pertandingan): MMSSSM

Ramalan Kesebelasan Utama

Arsenal: Leno; Bellerin, Mustafi, Luiz, Kolasinac; Torreira, Xhaka; Martinelli, Ozil, Aubameyang; Lacazette.

Advertisement

Newcastle: Dubravka; Yedlin, Schar, Lascelles, Lejeune, Rose; Almiron, S Longstaff, Bentaleb, Saint-Maximin; Joelinton.

Perkembangan pemain cedera untuk kedua-dua pasukan.

Sumber dan kredit : www.arsenal.com