Connect with us

Liga Juara-Juara

Punca RB Leipzig memakai jersi bercampur (berbeza).

Published

on

Pasukan Jerman itu mencatatkan kemenangan pada perlawanan pertama peringkat 16 Liga Juara-Juara ke atas Tottenham awal pagi semalam.

Bermain ditempat lawan, pasukan pelawat menggunakan jersi rasmi away mereka dengan logo Red Bull terpampang di depan dengan warna Merah dan Kuning.

Away Kit RB Leipzig 2019/20

Tentu ramai yang perasan dimana RB Leipzig telah menggunakan jersi yang berbeza (bercampur-campur) dalam pasukan ketika perlawanan tersebut.

Jersi pemain yang tidak sekata pada warna logo Red Bull (berwarna dan putih).

Malah penjaring gol perlawanan dan kemenangan RB Leipzig, Timo Werner turut jelas memakai jersi dengan logo Red Bull berwarna putih.

Bagaimana pun pengurus RB Leipzig, Julian Nagelsmann telah menjelaskan mengenai punca dan mengapa pemainnya memakai jersi berbeza ketika perlawanan tersebut berlangsung.

“Dalam perjalanan dari hotel, kit itu tidak lengkap di dalam kotak yang berbeza,” kata bos Leipzig pada sidang akhbar selepas perlawanan.

“Ia tidak berada di dalam bas, dan itulah sebabnya terdapat sedikit percampuran.

Advertisement

“Ia pasti akan disusun untuk perlawanan kedua nanti, kami akan mempunyai kit yang betul.”

Jersi home (kanan) dan away (kiri) RB Leipzig 2019/20.
RB Leipzig Third Football Shirt 19/20