
Kedudukan pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris mengikut jumlah nilai pasaran pemain yang dihimpunkan.
Manchester City dan Liverpool, walaupun mempunyai 24 pemain dalam skuad utama mereka, namun kedua-dua kelab ini mencatatkan nilai semasa berjumlah melebihi satu billion euro.
Dan purata nilai pasaran semasa bagi seorang pemain City adalah sebanyak ataupun bernilai €53.70 juta.
Manakala Liverpool pula bernilai €49.66 juta, secara purata bagi nilai seorang pemain yang dimiliki mereka ketika ini.
City memiliki empat pemain termahal (mengikut pasaran semasa) yang mana telah pun merekodkan nilai melebihi satu billion euro.
PEMAIN TERMAHAL CIY
Bil | Pemain | Posisi | Umur | Kontrak tamat | Nilai pasaran semasa |
---|---|---|---|---|---|
1 | Raheem Sterling | Left Winger | 25 | 30.06.2023 | €160.00 juta |
2 | Kevin De Bruyne | Attacking Midfield | 28 | 30.06.2023 | €150.00 juta |
3 | Leroy Sané | Left Winger | 24 | 30.06.2021 | €100.00 juta |
4 | Bernardo Silva | Right Winger | 25 | 30.06.2025 | €100.00 juta |
JUMLAH NILAI PASARAN SEMASA ( 23 FEb. 2020) | €510.00 juta |
Scott Carson, penjaga gol berusia 34 tahun yang dibawa masuk City pada 8 Ogos 2019 secara pinjaman merupakan pemain paling murah (nilai pasaran semasa) dalam skuad kendalian Pep Guardiola dengan bernilai €1 juta sahaja.

PEMAIN TERMAHAL LIVERPOOL
Dengan jumlah pasaran semasa yang dimiliki Liverpool untuk keseluruhan pasukan utama mereka berjumlah €1.19 billion, Mohamed Salah dan Sadio Mane merupakan dua pemain termahal mereka ketika ini.
Nilai pasaran semasa bagi Salah dan Mane adalah masing-masing bernilai €150 juta ketika ini.
Dan sepertimana City yang memiliki empat pemain untuk mengumpulkan nilai melebihi setengah billion euro, begitu juga dengan Liverpool.
Bil. | Pemain | Posisis | Umur | Kontrak Tamat | Nilai Pasaran Semasa |
---|---|---|---|---|---|
1 | Mohamed Salah | Right Winger | 27 | 30.06.2023 | €150 juta |
2 | Sadio Mané | Left Winger | 27 | 30.06.2023 | €150 juta |
3 | Trent Alexander-Arnold | Right-Back | 21 | 30.06.2024 | €110 juta |
4 | Virgil van Dijk | Centre-Back | 28 | 30.06.2023 | €100 juta |
JUMLAH NILAI PASARAN SEMASA ( 23 FEb. 2020) | €510.00 juta |
Penjaga gol yang dibawa masuk Liverpool pada 12 Ogos 2019, Lonergan, merupakan pemain paling rendah nilai pasaran semasa untuk kelab tersebut dengan hanya bernilai €250k.

PEMAIN TERMAHAL MANCHESTER UNITED.

United ketika ini hanya memiliki Paul Pogba sahaja bagi pemain yang bernilai melebihi ataupun bersamaan €100 juta pada nilai pasaran semasa.
Pogba menjadi pemain termahal United ketika ini dengan nilai pasaran semasa bernilai €100 juta.
Penyerang muda sensasi mereka, Marcus Rashford pula bernilai €80 juta ketika ini, manakala pertahanan termahal mereka Harry Maguire, hanya bernilai €70 juta (kedudukan ketiga pemain paling mahal United).
PEMAIN TERMAHAL CHELSEA.
Sebagaimana United yang memiliki seorang sahaja pemain yang melebihi ataupun bersamaan €100 juta pada nilai pasaran semasa, Chelsea juga sama.
Mereka hanya memiliki N’Golo Kante yang bernilai €100 juta pada pasaran semasa ketika ini.

Pemain kedua termahal Chelsea ketika ini adalah Jorginho dengan nilai pasaran semasa bernilai €65 juta, diikuti Christian Pulisic dan Kepa dengan masing-masing bernilai €60 juta.
PEMAIN TERMAHAL SPURS
Spurs yang berada dikedudukan ketiga untuk jumlah keseluruhan termahal, memiliki Harry Kane sebagai pemain paling bernilai dengan nilai pasaran semasa mencecah €150 juta.

Kemudian diikuti Dele Alli dengan nilai pasaran sebanyak €90 juta dan Heung-min Son menjadi pemain ketiga termahal Spurs dengan nilai €80 juta.
PEMAIN TERMAHAL ARSENAL
Dikalangan ENAM KUASA BESAR Liga Inggeris (seperti diatas), Arsenal satu-satunya kelab yang tidak memiliki pemain termahal melebihi €100 juta.
Nicolas Pepe, pemain termahal yang pernah dibeli Arsenal dengan rekod pembelian kelab €79 juta (£72 juta), ketika ini hanya bernilai €65 juta dan berada ditangga ketiga dikalangan pemain-pemain termahal The Gunners dalam pasaran semasa ketika ini.

Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette berkongsi kedudukan untuk menjadi pemain paling mahal dalam pasaran perpindahan semasa ketika ini dengan nilai €70 juta.
Bil | Pemain | Posisi | Umur | Kontrak Tamat | Nilai Pasaran Semasa |
---|---|---|---|---|---|
1 | Pierre-Emerick Aubameyang | Centre-Forward | 30 | 30.06.2021 | €70 juta |
2 | Alexandre Lacazette | Centre-Forward | 28 | 30.06.2022 | €70 juta |
3 | Nicolas Pépé | Right Winger | 24 | 30.06.2024 | €65 juta |
4 | Mattéo Guendouzi | Central Midfield | 20 | 30.06.2022 | €50 juta |
JUMLAH NILAI PASARAN SEMASA ( 23 FEb. 2020) | €255 juta |
Pemain-pemain lain yang termahal.

/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_image/image/62322799/1027993394.jpg.0.jpg?w=678&ssl=1)
KEDUDUKAN KESELURUHAN PASUKAN LIGA PERDANA INGGERIS MENGIKUT JUMLAH PASARAN SEMASA.
Bil. | Ked.Liga | Kelab | Squad | Purata Umur | Pemain Luar | Jumlah Nilai Pasaran | Purata Nilai Pasaran |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | Manchester City | 24 | 27.6 | 19 | €1.29 billion | €53.70 juta |
2 | 1 | Liverpool FC | 24 | 27.9 | 16 | €1.19 billion | €49.66 juta |
3 | 5 | Tottenham Hotspur | 25 | 26.2 | 18 | €897.50 juta | €35.90 juta |
4 | 4 | Chelsea FC | 27 | 26 | 19 | €848.05 juta | €31.41 juta |
5 | 7 | Manchester United | 26 | 25.9 | 16 | €800.75 juta | €30.80 juta |
6 | 11 | Arsenal FC | 27 | 25.4 | 19 | €698.75 juta | €25.88 juta |
7 | 3 | Leicester City | 26 | 27.1 | 16 | €501.25 juta | €19.28 juta |
8 | 10 | Everton FC | 24 | 27.2 | 16 | €475.70 juta | €19.82 juta |
9 | 26 | West Ham United | 25 | 28.3 | 17 | €368.75 juta | €14.75 juta |
10 | 9 | Wolverhampton Wanderers | 24 | 25.3 | 20 | €344.55 juta | €14.36 juta |
11 | 16 | AFC Bournemouth | 29 | 26,1 | 12 | €342.75 juta | €11.82 juta |
12 | 14 | Newcastle United | 31 | 27.4 | 20 | €311.33 juta | €10.04 juta |
13 | 17 | Aston Villa | 27 | 27 | 17 | €261.40 juta | €9.68 juta |
14 | 19 | Watford FC | 29 | 27.8 | 21 | €231.80 juta | €7.99 juta |
15 | 13 | Crystal Palace | 22 | 29.7 | 16 | €230.00 juta | €10.45 juta |
16 | 15 | Brighton & Hove Albion | 26 | 27 | 17 | €227.25 juta | €8.74 juta |
17 | 12 | Southampton FC | 21 | 25.6 | 11 | €220.00 juta | €10.48 juta |
18 | 8 | Burnley FC | 24 | 29 | 9 | €195.75 juta | €8.16 juta |
19 | 20 | Norwich City | 23 | 27.7 | 19 | €145.35 juta | €6.32 juta |
20 | 6 | Sheffield United | 27 | 27.8 | 13 | €142.85 juta | €5.29 juta |