Connect with us

Arsenal

Robbie Burton sertai Dinamo Zagreb

Published

on

Pemain muda Wales ini telah membuat keputusan untuk meninggalkan akademi Arsenal dan menyertai kelab Croatia, Dinamo Zagreb.

Burton, yang bermain di posisi tengah menjadi pemain British pertama ditandatangani oleh Dinamo.

Yuran perpindahan dijangka sekitar 800 ribu pound.

Advertisement

Dia merupakan kapten pasukan bawah 23 tahun Arsenal yang dikendalikan oleh Steve Bould pada musim ini, dan telah membuat 13 penampilan Premier League 2 setakat ini, 16 penampilan dalam semua kejohanan.

Pemain berusia 20 tahun mendapat pujian tinggi dari bekas jurulatihnya di akademi, Freddie Ljungberg yang turut memberi pendapat positif mengenainya kepada Unai Emery semasa sesi jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.

Robbie Burton (paling kiri) diperkenalkan oleh kelab bersama pemain-pemain baru yang lain.

“Saya rasa bagus berada di sini, semua orang mencuba untuk menjadikan tempat ini sebagai tempat tinggal baru saya.

“Saya sangat gembira di sini. Dinamo mempunyai sejarah yang hebat, mereka adalah pemenang sama seperti saya, dan saya tidak sabar untuk mula bermain,” kata Burton.

“Bagaimana saya mahu mencapainya? Dinamo telah menunjukkan projek mereka dengan jelas kepada saya, dan ianya seperti satu perpindahan yang bagus, yang betul untuk karier saya.

Advertisement

“Ini kali pertama saya berada di Zagreb.

“Ianya bagus dan saya pernah berada di Croatia sebelum ini.

“Saya tahu mengenai bekas pemain-pemain Dinamo seperti Dani Olmo, yang telah meninggalkan kelab.

“Saya harap dapat mengikuti langkahnya. Saya juga baru tahu yang saya merupakan pemain British pertama di Dinamo,” tambahnya lagi.

Advertisement

“Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 17 tahun Croatia, tetapi saya tidak mengingati keputusan perlawanan tersebut, dan menentang skuad bawah 19 tahun Dinamo dalam kejohanan Youth Champions League.

“Saya bermain menentang kebanyakan pemain-pemain anda, dan bagus untuk menyertai mereka sekarang.

Menjawab mengenai reaksi rakan-rakannya di Arsenal ketika memberitahu mengenai perpindahannya ke Dinamo, Burton menjawab:

“Mereka terkejut saya berpindah ke sana tetapi ianya satu perpindahan yang tepat untuk diri dan karier saya.

Advertisement

“Saya rasa menjadi sebahagian daripada kelab di sini.”

Pemain yang dilahirkan di Gravesend, England ini telah menyertai akademi kelab sejak berusia enam tahun, dan menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab pada Julai 2018.

Robbie Burton menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Arsenal
Ucapan selamat tinggal Robbie Burton kepada Arsenal

Semoga maju jaya di sana Robbie Burton!

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply