Connect with us

Arsenal

Saka dedah kisah kecederaannya masa lampau.

Published

on

“Ketika saya masih muda, saya mengalami banyak penderitaan” – Bukayo Saka
  • Graduan akademi Arsenal berkata dia mempunyai masalah dengan tumit dan lututnya semasa dia masih muda.
  • Bukayo mengakui ianya amat mengecewakannya.
  • Tidak sabar untuk beraksi walaupun sakit.

Bukayo Saka telah mendedahkan bahawa dia mempunyai masalah kesihatan serius ketika berada di akademi Arsenal.

“Ketika saya masih lagi muda, saya mengalami banyak kesakitan dan ia benar-benar mengecewakan,” kata bintang muda yang semakin meningkat naik itu.

* masih budak kot, pasal sekarang dia pun masih remaja, masih muda.

“Saya mempunyai masalah dengan tumit saya dan lutut saya, tetapi itu berlaku apabila anda membesar.

Advertisement

“Pada masa itu, anda tidak mempunyai kesabaran, saya hanya mahu bermain sepanjang masa.

“Saya sentiasa bertanya, berapa lama ia akan mengambil masa sehingga saya mampu bermain tanpa kecederaan ataupun kesakitan.

“Tetapi mengenang kembali kisah saya, apa yang saya hadapi, saya tahu ia tidaklah begitu teruk kerana terdapat mereka yang mengalaminya lebih teruk lagi.”

Pemain remaja Arsenal yang semakin mendapat perhatian.

Ekoran kecederaan Sead Kolasinac dan Kieran Tierney, ia membuatkan pemain berusia 18 tahun itu berjaya menempatkan dirinya sebagai pemain regular dalam barisan permulaan Mikel Arteta.

Walaupun beraksi bukan pada posisi sebenarnya, namun Saka tetap mempamerkan aksi yang cukup menakjubkan sehinggakan beliau kini menjadi bualan dan mendapat perhatian tinggi.

Saka telah membuat 26 penampilan untuk pasukan senior – utama The Gunners musim ini, menjaringkan 3 gol dan 10 bantuan gol.

Advertisement

18 tahun 171 hari– Berumur 18 tahun dan 171 hari, Bukayo Saka adalah pemain termuda untuk menghasilkan bantuan gol dalam penampilan Liga Perdana secara berturut-turut sejak Francis Jeffers melakukannya untuk Everton pada April 1999 (18tahun 89 hari).