“Saya terlepas peluang menjadi jurulatih terbaik dunia” Unai Emery

Unai Emery
Bekas pengendali Arsenal percaya beliau mampu menjadi yang terbaik di dunia.

Unai Emery percaya dia boleh menjadi jurulatih terbaik dunia dan mengetuai Paris Saint-Germain menjuarai Liga Juara-Juara Eropah andai VAR telah mula digunakan semasa dia menjadi pengurus kelab Perancis itu.

Dia menjadi pengurus PSG dari tahun 2016 hingga 2018, telah menyalahkan kekurangan teknologi video telah menyebabkan dia gagal untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah bersama kelab gergasi Perancis itu, yang pertama dalam sejarah kelab.

Skuad bimbingan Emery melepaskan pendahuluan 4-0 secara agregat semasa perlawanan timbal balik pusingan 16 pasukan terakhir UCL 2016/17 menentang Barcelona, untuk tewas 6-1 dalam perlawanan tersebut seterusnya tewas 6-5 secara agregat.

Bekas pengurus Arsenal ini juga lebih menyalahkan beberapa keputusan pengadil perlawanan berbanding persembahan teruk anak buahnya, terutama ketika pengadil memberikan Barcelona sepakan penalti kedua yang disempurnakan oleh Neymar.

“Saya terlepas peluang untuk menjadi jurulatih terbaik di dunia di Paris,” katanya kepada France Football.

“Saya memenangi liga, empat piala domestik dan dua Trophees des Champions.

“Tetapi matlamat utama adalah memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

“Pada tahun pertama, pada pusingan 16 terakhir lawan Barcelona, kami bermain dengan baik dalam perlawanan pertama.

“Namun telah ditendang keluar dalam perlawanan timbal balik kerana VAR masih belum wujud.

“Jelas kami telah disingkirkan kerana keputusan-keputusan pengadilan.

“Pada tahun kedua, kami tewas kepada Real Madrid, yang kemudian memenangi UCL buat kali ketiga berturut-turut, dan sekali lagi, dalam perlawanan pertama, kami boleh menyalahkan beberapa keputusan pengadil perlawanan.

nai Emery tidak dapat menerima kenyataan tewas memalukan kepada Barcelona pada 2017.

“Kesimpulannya: kami tewas pertama kali kerana keputusan-keputusan pengadil, dan kali kedua menentang juara bertahan juga sang juara pada musim tersebut.” sambungnya lagi.

Dia meninggalkan kelab dengan baki setahun lagi dalam kontraknya, memenangi Ligue 1 sekali (2017/18), dua Piala Perancis (2016/17 dan 2017/18), satu Piala Liga Perancis (2016/17), dan dua Piala Super Perancis (2016/17 & 2017/18).

Emery mengendalikan 114 perlawanan, menang 87 (76% kemenangan), seri 15, dan tewas hanya 12 perlawanan sepanjang menjadi pengurus PSG dari tahun 2016 – 2018. Not bad.

Be the first to comment