Connect with us

Skuad Wanita Arsenal

“Standard Women Super League semakin baik musim ini” Leah Williamson

Published

on

Leah Williamson percaya kualiti Women Super League (WSL) semakin meningkat musim ini.

Namun, pemain pertahanan tengah Arsenal Women ini juga menegaskan yang mereka perlu menyalahkan diri mereka sendiri andai gagal memenangi kembali kejuaraan liga musim ini.

Juara bertahan WSL ini akan menjadi tuan rumah menentang pasukan wanita Tottenham Hotspur di Boreham Wood pada Ahad ini selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam liga kepada Chelsea Women dan Manchester City Women.

Ini bermakna the Gunners menduduki tempat ketiga dalam liga, tiga mata ketinggalan di belakang Manchester City dan Chelsea, dan Chelsea mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Advertisement
WSL table 2019-20

Williamson sudah pasti mahukan pasukannya kembali ke jalan kemenangan walaupun teruja dengan North London Derby kedua musim ini.

Arsenal memenangi perlawanan NLD pertama musim ini pada November 2019, menang 2-0 di Stadium Tottenham Hotspur hasil jaringan gol Kim Little dan Vivianne Miedema.

“Kami perlu memenangi setiap perlawanan sekarang, kami tidak boleh lagi keciciran mata dan bermain perlawanan derbi ini menambah lagi tekanan,” kata Williamson kepada Sky Sports News.

“Andai mana-mana pasukan tewas, ianya akan mengubah segalanya, begitu rapat saingannya di puncak liga. Kami perlu memenangi setiap perlawanan.

“Sangat memalukan kami perlu berfikiran sebegini kerana saya rasa kami mengekalkan prestasi kami sejak musim lepas, jadi agak mengecewakan kerana ianya tidak sepadan dengan keputusan-keputusan perlawanan.

“Standard liga sudah semakin baik – Chelsea sangat mantap!

“Ianya bagus untuk kami dan liga untuk mempunyai persaingan, tetapi kami sepatutnya boleh memenangi kedua-dua perlawanan ini [lawan Chelsea dan Manchester City] pada hari terbaik kami.

Leah Williamson antara pemain kunci pasukannya, telah membuat 23 penampilan musim ini dalam semua kejohanan, hanya melepaskan 14 gol sahaja.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply