Tembok Kuning Dortmund sambut PSG

Kebisingan, warna dan tifo membuat sebahagian stadium Dortmund menjadi pemandangan menakutkan bagi lawan, tiada tempat lain seperti itu yang akan diketahui Paris Saint-Germain.

Ruang selatan stadium Borussia Dortmund yang digelar ‘Tembok Kuning’ bakal menanti Paris Saint-Germain yang dibarisi pemain bintang seperti Neymar dan Kylian Mbappe untuk perlawanan Liga Juara-Juara Rabu ini.

Bastian Schweinsteiger, bekas pemain tengah Bayern Munich dan Jerman, pernah ditanya sebelum ini ketika berdepan Dortmund, mengakui bahawa ia bukanlah mengenai pemain Dortmund atau pengurus mereka yang menggerunkan beliau.

Dan beliau berkata: “Tembok Kuning itu yang menakutkan saya.”

Malah pemain muda yang ditandatangani mereka pada jendela perpindahan musim sejuk (Januari), Erling Braut Haaland turut mengakui ‘kehebatan’ tembok tersebut.

“Ia suasana menakjubkan yang tidak pernah saya rasai,” kata penyerang Dortmund Erling Braut Haaland ketika menggambarkan jaringannya di hadapan ‘Die Gelbe Wand’ (Tembok Kuning) di Signal Idura Park.

Pemain 19 tahun itu meledak sembilan gol sejak Dormund membelinya dari Salzburg pada harga 20 juta euro, 29 Disember lalu.

Lima daripada jaringannya dihasilkan dalam tiga penampilan di laman sendiri, termasuk satu dalam kemenangan 4-0 ke atas Frankfurt Jumaat lalu.

“Jika anda pemain lawan, ia akan menghancurkan anda – tetapi jika anda seorang penjaga gol dan mereka di belakang, perasaannya amat menakjubkan,” kata bekas penjaga gol Dortmund, Roman Weidenfeller.

Roman Weidenfeller

Untuk perlawanan Bundesliga, tempat duduk selatan yang selebar 100 meter dan 40 meter tinggi, mampu memuatkan 25,000 penonton tetapi kapasiti itu dikurangkan kepada 16,000 bagi menepati peraturan Liga Juara-Juara UEFA.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment