The Return of The Jedi.

Arsene Wenger
Arsene Wenger dilaporkan bakal kembali ke Arsenal.

Secara tiba-tiba, hari ini kita dikejutkan dengan berita yang mengatakan pihak tertinggi Arsenal telah menghubungi Arsene Wenger.

Laporan bermula dengan pendedahan dibuat Mirror pada awal pagi Jumaat sebelum ianya merebak dengan turut dilaporkan oleh beberapa media lain.

Pendedahan yang Mirror yang dibuat oleh wartawan mereka yang juga merupakan Ketua Pengarang, John Cross.

Melalui pendedahan Mirror itu, John Cross mengatakan bahawa terdapat perbincangan telah dilakukan oleh pihak tertinggi kelab untuk membawa kembali Wenger ke Emirates.

Malah beliau turut mengatakan bahawa pihak tertinggi kelab membuat keputusan tersebut adalah untuk mendapatkan kembali sokongan penyokong.

Dan jika berdasarkan alasan tersebut, agak sukar untuk menerimanya kerana Wenger berundur dari Emirates juga disebabkan peminat dan penyokong.

Wenger tidak mahu kelab terus ‘jahanam’ dengan boikot dan kebencian penyokong terhadap kelab serta pemain.

Pun begitu, laporan itu juga mendedahkan dimana terdapat perbincangan mengenai cadangan untuk membuat tugu Wenger sebagaimana legenda kelab yang lain seperti Dennis Bergkamp, Thierry Henry, Tony Adams dan Herbert Chapman.

Mereka (pihak tertinggi kelab) berjanji untuk membina tugu Wenger apabila beliau meninggalkan Emirates dan dipercayai bahawa Wenger sendiri telahpun bersetuju untuk tugu tersebut dibina / dibuat.

Manakala Metro turut melaporkan kisah ini dengan memetik sumber sama, iaitu dari Mirror.

Laporan Metro

Menjadi persoalan ketika ini sekiranya benar pihak tertinggi mahu membawa kembali Arsene Wenger, jawatan apakah yang akan diberikan serta apakah peranan yang akan digalas oleh pengurus lagenda The Gunners ini?

Arteta baru sahaja memikul tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih, malah jawatan tersebut juga tidak digemari Wenger yang mana revolusi yang dibawa Ivan Gazidis menghapuskan jawatan pengurus pasukan dengan memperkenalkan Pengarah Teknikal serta Pengarah Bolasepak.

Arsene Wenger baru-baru ini bersetuju untuk mengambil peranan di FIFA sebagai ketua perkembangan bolasepak dunia, yang ditugaskan untuk memantau kemajuan di semua bidang.

Penulis merasakan kembalinya Wenger ke Emirates mungkin sebagai penonton kerana (maafkan penulis jika tersilap) semenjak meninggalkan Arsenal, Wenger masih belum menghadiri perlawanan Arsenal di stadium yang dibinanya itu.

Atau mungkin kembalinya Wenger ke Emirates adalah untuk merasmikan tugu beliau sendiri.

About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment