Tierney kembali sertai pasukan.

Robert Pires dan beberapa perkara lain turut dilihat dalam pra-latihan bagi persiapan menentang Olympiacos.

The Gunners telah mengadakan sesi latihan di London Colney menjelang pertembungan Liga Europa melawan Olympiacos.

Dan inilah yang dapat diperhatikan:

1. Kieran Tierney kembali ke latihan pasukan.

Pertahanan kiri Scotland itu terpaksa dikeluarkan selepas 29 minit beraksi ketika menentang West Ham pada Disember lalu ekoran mengalami kecederaan pada bahunya.

Namun beliau telah kembali ke latihan bersama skuad sepanjang minggu di Dubai, dengan Ketua Kecergasan, Shad Forsythe mengesahkan Tierney masih terhad kepada latihan ringan (non-contact training).

Dan Arsenal telah mengesahkan bahawa pertahanan berusia 22 tahun itu kembali lebih awal daripada jadual dalam pemulihannya dan mampu (dijangka) menjalani latihan penuh sebelum akhir bulan ini.

Dalam perkembangan terkini pertahanan yang dibawa masuk dengan nilai perpindahan berjumlah £25 juta dilihat telah menjalani latihan bersama pasukan dalam menghadapi perlawanan Liga Europa, menentang Olympiacos.

Tierney ceria menjalani latihan bersama pasukan.
2. Robert Pires berkongsi pengalaman.

Lagenda Arsenal ini sentiasa dilihat berada dipadang latihan bersama pemain-pemain Arsenal.

Namun sehingga kini tidak pernah diketahui apakah peranan beliau di Arsenal.

Pun begitu, ianya tidak menghalang lagenda ini berkongsi pengalaman bersama pemain-pemain Arsenal ketika ini.

Untuk rekod, Pires sentiasa menggunakan tempat latihan Arsenal selepas meninggalkan kelab (untuk beberapa waktu) bagi memastikan tahap kecergasan beliau sentiasa berada ditahap terbaik.

3. Pemain muda, Zech Medley berlatih bersama pasukan utama.

Zechariah Joshua Henry Medley, berusia 19 merupakan pertahanan tengah untuk skuad akademi Arsenal.

Sebelum menyertai The Gunners, beliau pernah bersama akademi Chelsea ketika berusia lapan tahun dan menyertai akademi remaja Arsenal pada Disember 2016.

Medley dilantik menjadi kapten pasukan Arsenal B18 pada awal musim 2017/18 sebelum diserapkan ke skuad B23.

Pada 22 Oktober 2018, Medley muncul di bangku simpanan untuk pasukan senior Arsenal buat pertama kali ketika perlawanan Liga Perdana menentang Leicester City.

Sebulan kemudian, pada 29 November, Medley membuat debutnya kompetitif untuk Arsenal dalam saingan Liga Europa ketika menentang Vorskla Poltava.

Dia muncul sebagai gantian pada minit ke-60, menggantikan Rob Holding.

Medley (kanan) berlatih bersama skuad utama Arsenal bagi menghadapi saingan Liga Europa menentang Olympiacos.

Adakah Medley bakal diberikan peluang untuk perlawanan awal pagi esok, waktu Malaysia?

4. Semua gembira di London Colney.
Hmmm…gembira sangat.
Kawan-kawan Perancis.
Bellerin senyum manja.
Torreira gembira, kita pun gembira.
Ozil dengan sentuh berbisanya.
Esok pagi, 28 Februari waktu Malaysia

Kredit gambar: www.arsenal.com dan twitter Arsenal.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment