Connect with us

Arsenal

Tiga pemain Arsenal tercalon dalam London Football Award 2020

Published

on

Tiga pemain skuad senior Arsenal tercalon dalam tiga kategori berbeza London Football Award 2019.

Pierre-Emerick Aubameyang tercalon dalam Premier League Player of the Year setelah memberikan aksi yang memberangsangkan pada musim lepas. Dia juga telah menjaringkan 16 gol musim ini, termasuk 14 gol dalam saingan liga.

Dia disenaraikan dua pemain Chelsea (Jorginho dan Tammy Abraham), dan masing-masing satu pencalonan dari Tottenham Hotspur (Son Heung-Min) dan Crystal Palace (Gary Cahill).

Bernd Leno

Bernd Leno pula telah dicalonkan dalam kategori Goalkeeper of the Year bersama-sama Ben Foster (Watford), David Raya (Brentford), Vicente Guaita (Crystal Palace) dan seorang lagi bekas penjaga gol Arsenal iaitu Lukas Fabianski, yang kini bermain di West Ham United.

Leno sememangnya layak dicalonkan setelah memberikan beberapa aksi yang baik semasa menjaga gawang Arsenal tahun lepas.

Advertisement

Walaupun banyak masalah di bahagian pertahanan di hadapannya, penjaga gol Jerman ini membukti kecekapan dan ketangkasannya bagi mengelak pasukannya mengalami keputusan perlawanan yang memalukan.

Leno sudah mencatat lima clean sheet dari 25 perlawanan liga musim ini.

Seorang lagi pemain skuad senior Arsenal yang tercalon adalah Gabriel Martinelli, pemain remaja berusia 19 tahun dari Brazil yang baru hadir ke Stadium Emirates pada musim panas lepas.

Martinelli dicalonkan dalam kategori Young Player of the Year (usia 21 tahun ke bawah). Tiga pemain Chelsea (Tammy Abraham, Fikayo Tomori, dan Mason Mount) dan seorang pemain Brentford (Bryan Mbeumo) menjadi pesaingnya untuk menerima anugerah ini.

Advertisement

Pada mulanya, dia tiba di London hanya sebagai salah seorang pemain prospek remaja, namun tidak ramai yang menyangka dia mampu memberikan persembahan yang bertenaga setiap kali diturunkan.

Martinelli membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan 10 jaringan gol dalam semua kejohanan setakat ini.

Ramai penyokong dan peminat the Gunners menyukai usaha gigih dan penyudah tajam yang ditayangkan olehnya.

Selain skuad lelaki, beberapa ahli skuad wanita juga telah tersenarai setelah berjaya menjuarai The FA Women’s Super League musim lepas.

Advertisement

Mengetuai mereka adalah Joe Montemurro, pengurus Australia yang berjaya mengendalikan skuad wanita Arsenal menjuarai liga musim lepas.

Dan dia diikuti dengan dua pemain utamanya yang menjadi antara kunci kejayaan mereka musim lepas, dan masih menjadi pemain utamanya musim ini.

Mereka adalah Vivianne Miedema dan Beth Mead.

Penyerang antarabangsa Belanda, Miedema sudah menjaringkan 14 gol dan membuat lapan assist dalamm 13 perlawanan liga musim ini, manakala Mead sudah menjaringkan tiga gol selain tiga assist.

Advertisement

Pemenang anugerah-anugerah ini akan diumumkan pada 5 Mac 2020.

Beth Mead

SENARAI PENUH PENCALONAN LONDON FOOTBALL AWARD 2020

Premier League Player of the Year

Gary CahillCrystal Palace
Heung-min SonTottenham
Pierre-Emerick AubameyangArsenal
JorginhoChelsea
Tammy AbrahamChelsea

Manager of the Year

Emma HayesChelsea Women
Frank LampardChelsea
Joe MontemurroArsenal Women
Roy HodgsonCrystal Palace
Thomas FrankBrentford

EFL Player of the Year

Aleksandar MitrovicFulham
Bryan MbeumoBrentford
Jed WallaceMillwall
Ollie WatkinsBrentford
Said BenrahmaBrentford

Goalkeeper of the Year

Ben FosterWatford
Bernd LenoArsenal
David RayaBrentford
​Lukasz FabianskiWest Ham
Vicente GuaitaCrystal Palace

Women’s Player of the Year

Beth EnglandChelsea Women
Beth MeadArsenal Women
Erin CuthbertChelsea Women
Magdalena EriksonChelsea Women
Vivianne MiedemaArsenal Women

Young Player of Year (under-21)

Bryan MbeumoBrentford
Fikayo TomoriChelsea
Gabriel MartinelliArsenal
Mason MountChelsea
Tammy AbrahamChelsea

Goal of the Season

Heung-min SonTottenham lawan Burnley (7 Disember 2019)
Jordan AyewCrystal Palace  lawan West Ham (26 Disember 2019)
N’Golo KanteChelsea  lawan Liverpool (22 September 2019)
Sebastien HallerWest Ham  lawan Bournemouth (1 Januari 2020)
Sophie IngleArsenal Women lawan  Chelsea Women (19 Januari 2020)

Community Project of the Year

AFC Wimbledon FoundationActive Womble Phippsbridge Summer Scheme
Palace for Life FoundationDivert Programme
West Ham United FoundationAny Old Irons

The FA ‘For All’ Award

Amateur FALondon Unity League
Middlesex FAReally Real
Surrey FAInclusive Level 1 Coaching Courses

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply