Tuchel mahu hapuskan badi PSG.

Thomas Tuchel
PSG gagal melepasi pusingan 16 pasukan terbaik semenjak 3 musim lalu.

Pengendali Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel berharap pasukannya mampu menamatkan badi gagal pada saingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara apabila bertemu dengan bekas kelabnya, Borussia Dortmund awal pagi Rabu nanti.

Tuchel pernah melatih Dortmund selama dua musim bermula 2015 hingga 2017, menyedari dengan kemampuan dan tindakan yang bakal diberikan penyokong tuan rumah pada saingan pertama kelompok 16 terbaik itu.

Pasukan dari Paris itu terdesak untuk menamatkan badi gagal melepasi pusingan 16 terakhir sejak tiga musim lalu.

“Pusingan pertama tidak pernah mendatangkan masalah,” kata pengendali dari Jerman itu kepada akhbar Welt.

“Keseluruhan cerita akan kembali kepada kami bagi perlawanan kedua yang akan berlangsung di Paris pada 11 Mac.

“Tapi saya sudah katakan selepas tewas di tangan Manchester United tahun lalu, ‘saya harap kita akan lalui situasi yang sama.’

“Kerana kita lalui peringkat kumpulan yang sama, saya harap kita mara.

“Dan kita kembali di sini.”

Setahun lalu, PSG tumbang di tangan United selepas tewas 3-1 di Paris walaupun menang perlawanan pertama 2-0 di Manchester.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment