Connect with us

Arsenal

“Unai Emery banyak membantu” – Martinelli.

Published

on

Pemain muda berbakat The Gunners mengulas mengenai mereka yang banyak membantu dan bercakap mengenai kisahnya.

Beliau juga bercakap mengenai Arteta dan Barcelona serta khabar angin mengaitkan dirinya dengan Real Madrid.

Pemain muda Arsenal, Gabriel Martinelli berkata, dia tidak berfikir dua kali untuk menyertai The Gunners ketika tawaran dibuat untuk berpindah pada musim panas.

Penyerang berusia 18 tahun itu menyertai Arsenal pada musim panas lalu dalam perjanjian € 6.7 juta dari Ituano, ketika The Gunners melihat untuk mengikat bakat muda sebelum musim bermula.

Advertisement

Dia telah terbukti menjadi salah satu permata yang bersinar dalam liga musim ini, menjaringkan sepuluh gol dan empat bantuan gol dalam 23 perlawanan bagi semua pertandingan setakat ini.

Malah dia juga menunjukkan persembahan yang mengagumkan dimana prestasi beliau itu mendapat ulasan dan sambutan dari semua pihak.

Walaupun menerima perhatian daripada beberapa kelab lain yang ingin menandatanganinya pada musim panas, namun Martinelli akhirnya memilih Emirates sebagai rumah barunya dan mengatakan dia tidak perlu berfikir untuk membuat keputusan tersebut.

“Saya bermain Copinha [Sao Paulo Youth Football Cup] dan kemudian kejuaraan São Paulo,” katanya kepada Marca.

“Saya melakukannya dengan baik dan menerima beberapa tawaran.

Advertisement

“Arsenal merupakan pasukan pertama yang membuat tawaran dengan bersungguh-sungguh dan perancangan yang serius.

“Saya ditawarkan untuk berlatih dengan pasukan utama. Kami tidak berfikir dua kali.

“Ia adalah impian saya dan impian ibu bapa saya bahawa suatu hari saya dapat bermain di Eropah.

“Saya tidak berfikir dua kali kerana Arsenal adalah salah satu kelab terbesar di Eropah.”

Advertisement

Tempoh singkat Martinelli di Arsenal telah melihatkan banyak pergolakan, dengan kempen mengecewakan menyebabkan tumpuan begitu banyak terhadap kelab.

Pemain muda Brazil itu telah bekerja di bawah dua pengurus, memulakan musim di bawah Unai Emery, dimana dia berjaya menjaringkan tujuh gol dalam 11 perlawanan sebelum Mikel Arteta mengambil alih pada bulan Disember.

Martinelli terus menyinar dibawah ketua jurulatih baharu The Gunners dengan dua gol dan satu bantuan gol diciptanya dalam enam perlawanan setakat ini.

Dan persembahan mantap Martinelli itu pasti berkait rapat dengan pengendali yang membimbingnya untuk menjadikan beliau begitu luar biasa.

Advertisement
https://images2.minutemediacdn.com/image/upload/c_fill,w_912,h_516,f_auto,q_auto,g_auto/shape/cover/sport/arsenal-fc-v-afc-bournemouth-premier-league-5d9eed3200a54e4def000001.jpg

“Kedua-duanya adalah orang yang menakjubkan.

“Unai banyak membantu saya, dia adalah orang pertama yang mempercayai saya dan memilih saya.

“Saya sentiasa bersyukur. Dia yang memberi saya minit pertama di Eropah.

“Mikel kini juga memberi saya keyakinan.

“Saya juga sangat bersyukur untuk itu.

Advertisement

“Beliau sentiasa cuba membantu saya dan memberi nasihat supaya saya dapat memperbaiki bolasepak saya.

“Saya rasa dia hebat kerana dia cuba memberi perhatian kepada semua pemain dan beliau adalah orang yang sangat baik.”

Pun begitu, perkara ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan buat Martinelli sekiranya memilih pasukan lain.

Martinelli, sebelum itu menerima begitu banyak perhatian daripada beberapa kelab Eropah lain, yang berhasrat untuk menandatanganinya pada musim panas.

Salah satu daripada pasukan tersebut adalah Barcelona, ​​yang telah membawa pemain berusia 18 tahun itu menjalani latihan bersama mereka di Sepanyol sebelum berpindah ke Arsenal.

Advertisement

Real Madrid juga telah dikaitkan, walaupun Martinelli menegaskan bahawa dia tidak pernah mendengar apa-apa dari gergasi Sepanyol itu.

“Tidak lama sebelum Piala Sao Paulo, saya menghabiskan beberapa hari dengan latihan di Barcelona,” katanya.

“Saya menghabiskan 15 hari di sana, yang merupakan masa cuti saya untuk U17 yang berakhir pada bulan Oktober.

“Dengan Copinha tidak akan bermula sebelum Januari, kami akan berlatih pada bulan Disember.

Advertisement

“November adalah waktu rehat yang panjang.

“Barcelona menjemput saya untuk berlatih bersama mereka di La Masia, tetapi selepas itu mereka tidak berminat untuk melakukan apa-apa dengan saya, mereka tidak memberitahu saya apa-apa.

“Saya kembali ke Ituano, saya bermain Copinha dan kemudian saya datang ke Arsenal.

“Tidak ada apa yang muncul kepada saya (dari Madrid). Saya fokus disini untuk melakukan tugas saya di Arsenal, dan menumpukan perhatian disini. ”

Advertisement
Nota mengenai Copinha
Piala Bolasepak Remaja Sao Paulo

Copa Sao Paulo de Futebol Junior (atau Piala Bolasepak Remaja Sao Paulo, dalam Bahasa Inggeris), juga dikenali sebagai Copa Sao Paulo de Juniores dan Copinha (Piala Kecil), adalah piala pertandingan yang dimainkan di Brazil untuk pasukan bolasepak bawah 20 tahun (sehingga edisi 2006, sebelum ditukar kepada bawah 21), kebanyakan pasukan yang terlibat adalah dari negeri Sao Paulo.

Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Paulista dan dianggap sebagai persaingan bolasepak bawah 20 tahun yang paling lama dan penting di Brazil.

Perlawanan akhir biasanya diadakan pada 25 Januari, sempena tarikh penubuhan kota Sao Paulo.