Connect with us

Info

Wenger mahu lakukan perubahan drastik bagi menamatkan kontroversi VAR.

Published

on

Arsene Wenger kini bersama FIFA sebagai Ketua Pembangunan Bolasepak Global dan berharap mampu menyelesaikan segera kontroversi VAR.

Pengurus lagenda Arsenal, Arsene Wenger berharap mampu untuk menggubal semula undang-undang offside yang dipraktikan ketika ini bagi menamatkan kontroversi VAR.

Video Penolong Pengadil (VAR) mula diperkenalkan pada Liga Perdana Inggeris bermula musim 2019/20 selepas kelab-kelab mengundi sebulat suara pada November 2018 untuk menggunakan sistem itu.

Bagaimanapun, penggunaan teknologi tersebut menyaksikan liga telah dipenuhi dengan kontroversi mengenai keputusan-keputusan yang dibuat pengadil yang dibantu oleh VAR.

Advertisement
Antara keputusan kontroversi VAR dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Antara perubahan yang mahu dilakukan Wenger terhadap peraturan offside dan VAR adalah membenarkan kedudukan pemain – onside sekiranya anggota badan pemain yang mampu menjaringkan gol adalah selari ataupun sejajar dengan pemain pertahanan terakhir, walaupun bahagian lain berada di depan.

*Takkan hidung pun nak dikira offside, lainlah hidung boleh menyumbang kepada jaringan (keupayaan dan kemampuan menjaringkan gol).

Wenger menyertai FIFA pada November lalu sebagai Ketua Pembangunan Bolasepak Dunia dan sebahagian daripada peranannya bersama badan induk bolasepak dunia itu adalah (dikatakan) termasuk bekerjasama dengan Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa, yang mengawal undang-undang bolasepak.

Wenger menjelaskan dimana mana-mana bahagian pemain yang tidak mampu untuk menyumbang kepada jaringan gol tidak patut dikira ataupun dianggap offside.

Beliau mengatakan: “Saya berada di tengah-tengah situasi kontroversi dengan VAR dan jelas bahawa perkara paling sukar yang mana mereka terlibat dengannya, mengenai peraturan offside.

“Anda telah melakukan offside dengan perbezaan yang sangat kecil, dalam ukuran sentimeter, offside secara literal oleh hidung pemain.

Advertisement

“Saya percaya ia adalah masa untuk melakukan ini dengan segera [mengubal undang-undang].

“Terdapat ruang untuk mengubah sedikit peraturan ini untuk tidak menjadikan bahawa sebahagian daripada hidung pemain adalah offside, jadi anda offside kerana anda boleh menjaringkan gol dengan itu [merujuk kepada hidung pemain yang berkemampuan menjaringkan gol].

“Sebaliknya, anda tidak akan menjadi offside jika mana-mana bahagian badan yang dapat menjaringkan gol adalah sejajar dengan pemain pertahanan terakhir – walaupun bahagian lain dari badan penyerang berada di depan.

“Itu akan menyelesaikannya kerana anda tidak lagi mempunyai keputusan mengenai milimeter dan sebahagian kecil daripada penyerang berada di hadapan garis pertahanan.”

Advertisement

FIFA juga dikatakan sedang menilai perubahan lain pada VAR, termasuk meminta semua stadium bagi liga utama memasang skrin untuk memaparkan maklumat mengenai keputusan yang sedang dinilai.

Pada masa ini, kelab-kelab utama seperti Liverpool dan Manchester United tidak mempunyai skrin video besar di mana keputusan boleh disampaikan ataupun dipaparkan kepada peminat.

Wenger berkata satu lagi perubahan yang ingin dilihatnya adalah bekas pemain turut terlibat dalam mengendalikan VAR bagi membantu untuk membuat keputusan.

“Pada masa ini, dalam tempoh pertama ketika kami menggunakan teknologi ini, tidak ada ahli VAR yang cukup arif yang dapat merangkumi setiap perlawanan pada hujung minggu,” katanya di Anugerah Sukan Laureus.

“Ia akan diperbaiki dengan cepat jika kita boleh menukar protokol, supaya kita boleh menggunakan bekas pemain dalam bilik VAR.”

Advertisement