WhatsApp vs Telegram: Aplikasi chat mana yang lebih baik?

Telegram Vs Whatsapp
Satu dimiliki oleh ‘Amerika Syarikat’ dan satu lagi dimiliki oleh ‘Rusia’.

WhatsApp mempunyai kira-kira 1.5 bilion pengguna aktif di lebih 180 negara manakala Telegram pula dianggarkan mempunyai 365 juta pengguna aktif di seluruh dunia.

Dari segi jumlah pengguna, jelas WhatsApp mengatasi Telegram, namun bagaimana pula dengan faktor-faktor dan ciri-ciri yang lain?

SEJARAH DAN TAHUN KELUARAN

WhatsApp ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Brian Acton dan Jan Koum, yang merupakan bekas pekerja Yahoo!.

Selepas meninggalkan Yahoo! pada bulan September 2007, mereka memohon pekerjaan di Facebook tetapi ditolak.

Pada bulan Januari 2009, selepas membeli iPhone dan menyedari potensi industri aplikasi di App Store, Koum dan Acton mula melawat rakan mereka, Alex Fishman di San Jose Barat untuk membincangkan jenis aplikasi pemesejan baru yang akan memaparkan status kepada nama individu.

Selepas bertemu dengan beberapa ‘developer’ termasuklah pereka dari Rusia, Igor Solomennikov, applikasi permesejan ini dicipta dan Koum menamakan applikasi permesejan itu dengan nama WhatsApp bersempena dengan sapaan yang biasa digunakan ‘what’s up’.

Pada 24 Februari 2009, beliau menubuhkan WhatsApp Inc. di California dan Facebook mula mengambil alih applikasi ini pada 19 Februari 2014 dengan bayaran berjumlah 19 bilion dolar (USD).

Facebook turut membayar $ 4 bilion secara tunai, $ 12 bilion dalam bentuk saham Facebook, dan tambahan $ 3 bilion dalam unit saham terhad yang diberikan kepada pengasas WhatsApp.

Manakala Telgeram pula dicipta dan dikeluarkan pada 14 Ogos 2013, enam tahun yang lalu.

Dan ia dicipta dan dibangunkan oleh pasangan adik beradik Rusia, Nikolai dan Pavel Durov.

Sebelum itu, pasangan tersebut merupakan pengasas rangkaian sosial Rusia VK, yang mereka tinggalkan apabila ia diambil alih oleh Mail.ru Group.

Telegram didaftarkan sebagai limited liability partnership (LLP) Inggeris dan limited liability company (LLP) Amerika Syarikat.

Ia tidak mendedahkan di mana syarikat itu menyewa pejabat atau mana-mana entiti undang-undang yang digunakannya dengan menegaskan keperluan untuk ‘melindungi pasukan daripada pengaruh yang tidak perlu’ dan melindungi pengguna daripada permintaan data oleh kerajaan.

Pavel Durov telah berkata bahawa perkhidmatan itu beribu pejabat di Berlin, Jerman antara 2014 dan awal 2015, tetapi berpindah tempat lain selepas gagal mendapatkan permit kediaman untuk semua ahli pasukan mereka.

Durov meninggalkan Rusia dan dikatakan berpindah dari negara ke negara dengan sekumpulan kecil pengaturcara komputer yang terdiri daripada 15 ahli teras.

Menurut laporan akhbar, Telegram mempunyai pekerja di St. Petersburg dan pasukan Telegram kini berpangkalan di Dubai.

WhasApp atau telegram lebih baik

Walaupun mempunyai jumlah pengguna yang jauh lebih ramai, namun ciri-ciri keselamatan dan lain-lain kelebihan yang dimiliki WhatsApp jelas gagal menyaingi Telegram.

Facebook dan WhatsApp yang diketuai oleh Mark Zuckerberg berdepan dengan kritikan hebat di seluruh dunia atas pelanggaran data Cambridge Analytica yang terkenal dan ketidakupayaan untuk membendung berita palsu di platformnya.

Telegram, sebaliknya, menangani isu undang-undang dari Rusia kerana menolak kunci penyulitan peribadi (private encryption keys) penggunanya.

Jelas sekali bahawa Telegram dan WhasApp mempunyai sikap yang berbeza dari sudut privasi dan data pengguna.

Walaupun kedua-dua applikasi ini (WhatsApp dan Telegram) mempunyai banyak persamaan seperti menghantar gambar, sokongan untuk pelekat (stiker), selain daripada ciri pemesejan asas, namun dari segi privasi, Telgeram jelas lebih selamat buat pengguna.

Pun, kedua-duanya juga mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Telegram lebih baik daripada WhatsApp

Sembang rahsia (Secret chat)

Ciri sembang penyulitan end-to-end membolehkan pengguna menetapkan masa pada mesej untuk memadamkan sendiri (self-destruct) selepas masa yang ditetapkan.

Pengguna juga mendapat pemberitahuan (notifications) untuk tangkapan skrin (screenshots) yang diambil dan sembang rahsia tidak dapat diteruskan.

Bot

Unik untuk Telegram, Bot adalah program berdasarkan AI dan mesin yang boleh melakukan pelbagai tugas.

Sebagai contoh, bot imej boleh mendapatkan imej berdasar nama.

Terdapat banyak jenis bot seperti image bot, gif bot dan sticker bot antara yang paling popular.

Cloud storage

Storan yang digunakan Telegram membolehkan imej, mesej teks, fail media dan dokumen disimpan di cloud mereka di mana pengguna juga boleh log keluar dan log masuk supaya backup dan restore tidak menjadi punca kebimbangan kepada pengguna.

Ciri pengguna (user name)

Memastikan privasi pada nombor pengguna dengan nama pengguna, pengguna Telegram dibenarkan untuk berbual dengan orang lain di telegram walaupun mereka tidak mempunyai nombor kenalan yang lain.

Super Groups and Channels

Jika WhatsApp mempunyai ‘kumpulan’ (group) , Telegram pula memiliki saluran (channel).

Dan menariknya channel yang diperkenalkan telegram mampu untuk memiliki bilangan ahli yang tidak terhad.

Pemilik (creator) channel mampu bertindak sebagai pentadbir yang boleh mengambil keputusan untuk menentukan pengguna boleh menyiarkan (post) dan ahli lain hanya boleh melihat siaran di saluran tersebut.

Mampatan media (Media compression)

Mampatan media Telegram juga membolehkan pengguna memilih jika mereka mahu memampatkan imej dan video atau hanya menghantar versi yang tidak dimampatkan.

Perkongsian fail sehingga 1.5GB

Pengguna Telegram boleh menghantar sebarang jenis fail melalui Telegram sehingga 1.5GB.

Pelbagai sesi (Multiple sessions)

Telegram boleh log masuk ke akaun mereka pada berbilang peranti pada masa yang sama dan menerima mesej pada setiap peranti.

Ciri ini juga membolehkan pengguna mengingati sesi mereka dan juga pada pelayar (browser) juga.

WhatsApp lebih baik daripada Telegram

Jumlah pengguna (user base)

Pada 2018, WhatsApp berkata ia mempunyai 1.5 bilion pengguna aktif manakala pada tahun yang sama Telegram dilaporkan mempunyai 200 juta pengguna aktif, yang mana ianya begitu ketara dari jumlah bilangan pengguna yang dilayan oleh WhatsApp.

Panggilan suara & video

Whatsapp menyokong suara serta panggilan video.

Pemberitahuan penghantaran dan bacaan (Delivery and read notification)

Whatsapp membolehkan pengirim tahu tentang status penghantaran dan mesej dibaca oleh pengguna lain (penerima).

WhatsApp atau Telegram?

Ringkasan, WhatsApp mempunyai panggilan video kumpulan, pangkalan pengguna yang lebih besar, namun ia tertinggal dengan ciri-ciri seperti perkongsian fail terhad dan storan (cloud).

Telegram, sebaliknya, mempunyai pelbagai bot, perkongsian fail, keserasian dan privasi platform, bagaimanapun ia ketinggalandari segi sokongan panggilan video dan mempunyai pangkalan pengguna yang lebih kecil.

Jadi WhatsApp atau Telegram? Anda kini boleh memutuskan sendiri.

Perbandingan applikasi permesejan yang lain.
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment