Wojciech Szczesny tandatangani kontrak baru bersama Juventus

Wojciech Szczesny

Penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny menandatangani kontrak lanjutan baru bersama Juventus sehingga musim panas 2024.

Dia menyertai Old Lady dari Arsenal pad 2017, pada mulanya diletakkan sebagai pemain sokongan (penjaga gol kedua) kepada penjaga gol legenda kelab, Gianluigi Buffon.

Tetapi sejak 18 bulan lepas, dia mula mengekalkan tempatnya sebagai penjaga gol nombor 1 kelab, walaupun Buffon kembali pada musim panas lepas, dan dia bersetuju untuk memberikan komitmennya bersama kelab selama empat tahun lagi.

“Ini menunjukkan yang kelab mempercayai diri saya, dan saya sangat gembira,” kata pemain berusia 29 tahun itu di dalam website rasmi kelab.

“Saya akan memberikan yang terbaik kepada Juve. Saya mahu memenangi lebih banyak kejuaraan, saya di sini sehingga 2024 dan saya mahu memenangi kesemuanya.

“Inilah objektif kelab. Kami sebagai pemain perlu bermandi peluh, berlari dan berkorban untuk mencapai objektif-objektif ini iaitu memenangi lebih banyak kejuaraan dan piala.

Sejak bersama Juventus, Szczesny sudah memenangi dua kejuaraan Serie A Itali, satu Coppa Italia dan satu Piala Super Itali.

Namun dia masih belum meraih kejayaan Liga Juara-Juara Eropah bersama Juve.

Pasukannya telah kecundang di peringkat suku akhir UCL dua musim berturut-turut.

Pada musim 2017/18, Juve tewas 4-3 secara agregat kepada Real Madrid, dan kemudian tewas agregat 3-2 kepada Ajax Amsterdam pada musim lepas.

Musim ini, Juve diundi menentang Olympique Lyon pada pusingan 16 pasukan terakhir. Adakah Szczesny berpeluang untuk memenangi UCL pada musim ini?

Apa-apa hal pun, tahniah Szczesny kerana karier anda terus berkembang di Itali.

Be the first to comment