Xhaka dedahkan perbezaan terbesar antara Jerman dan England dalam hubungan dengan penyokong.

“Kita tidak mempunyai hubungan rapat dengan peminat” – Xhaka
  • Xhaka hampir meninggalkan kelab selepas ‘bertengkar’ dengan peminat awal musim ini.
  • Beliau mengatakan peminat di Jerman sering mendekati pemain dalam sesi latihan terbuka untuk bercakap dengan mereka.
  • Xhaka menambah bahawa dalam Liga Perdana ‘semuanya bertutup’.

“Saya fikir ini adalah perbezaan terbesar [di antara] Jerman dan England, kerana kita tidak mempunyai hubungan dengan peminat,” kata Granit Xhaka kepada Evening Standard.

“Di Jerman misalnya, anda mempunyai sesi latihan terbuka, dimana peminat dapat datang dan bercakap dengan anda, bertanya khabar dan soalan.

“Di sini, semuanya bertutup. Jadi, bagi saya, kali ini ianya merupakan waktu terbaik untuk menjelaskan kepada mereka apa yang tidak baik atau buruk.

“Tetapi sekarang ia tidak penting. Sekarang kita perlu menikmati, itulah yang paling penting. “

Hanya beberapa bulan yang lalu ketika kita semua dihidangkan dengan laporan mengenai Xhaka akan meninggalkan Arsenal.

Terutamanya setelah pemain tengah itu ‘bertengkar’ dengan penyokong sendiri dilaman sendiri, yang menyaksikan lilitan kapten akhirnya dilucutkan darinya.

Namun ketibaan Arteta telah mengubah segalanya untuk pemain berusia 27 tahun itu dan beliau kini gembira bersama Arsenal.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment