Xhaka mahu balas kepercayaan Arteta.

“Saya mahu berikan kembali kepada Arteta dalam setiap perlawanan” – Xhaka

Granit Xhaka mengatakan dia kembali menikmati kehidupannya di Arsenal dan ianya berpunca hasil perbincangan jujur ​​bersama Mikel Arteta dalam memulihkan kembali dirinya.

Di ‘boo’ dan dikecam ketika melangkah keluar dari padang dalam kekalahan Disember lalu kepada Crystal Palace dan kemudian, dilucutkan peranan kapten pasukan, pemain tengah Switzerland ini pada satu ketika kelihatan begitu hampir menandatangani perjanjian perpindahan bersama Hertha Berlin selepas perbincangan pada bulan Januari.

Ketika mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih, Arteta dengan segera berusaha untuk mengubah pendirian dan keputusan pemain tengah itu yang dilaporkan mahu meninggalkan Emirates, dengan meyakinkan Xhaka untuk kekal sehingga akhir musim ini.

*Kontrak semasa Xhaka bersama Arsenal akan berakhir pada Jun 2023.

Kini, Xhaka menjadi pemain tetap yang sentiasa bermula dalam kesebelasan utama Arteta dan beliau juga merupakan pemain yang paling banyak digunakan.

Perkembangan itu menyaksikan beliau mungkin bertahan lebih lama bersama Arsenal dan kita semua memerlukan beliau ketika ini lebih-lebih lagi The Gunners kini dalam proses membina kembali empayar kegemilangan yang pernah dikecapi.

Bercakap kepada Arsenal Player, Xhaka berkata, “Saya tahu ia tidak mudah untuk saya, tetapi ini adalah kisah lalu dan saya perlu memandang kehadapan.

“Saya perlu tersenyum sedikit kerana saya sangat gembira untuk kembali dan menikmati perkara yang paling saya suka; bermain untuk kelab ini, untuk bermain bolasepak. Saya sangat gembira.

“Saya mempunyai perbincangan yang sangat baik dengannya [Arteta] tiga hari selepas dia datang ke kelab.

“Beliau memberitahu saya banyak perkara, saya sangat terbuka dengannya, dia sangat terbuka dengan saya.

“Sekarang kita berada di sini, saya fikir kami, kedua-dua pihak, dengan gembira membawa kelab ini di mana ia sepatutnya berada.

“Ia sentiasa baik jika jurulatih boleh melindungi anda dan bercakap secara terbuka dengan saya dan pemain.

“Dalam setiap sesi latihan, saya banyak belajar dari dia.

“Dia bercakap banyak dengan saya, bagaimana untuk kekal, di mana untuk berada.

“Saya mahu memberikan semula kepadanya [balas jasanya] dalam setiap perlawanan dan setiap latihan.

“Ia perkara yang paling penting untuk saya. ”

Mengenai 10 perlawanan tanpa kalah pada tahun 2020, Xhaka yakin bahawa Arsenal kini kembali ke landasan yang tepat selepas berakhirnya trauma pada era Unai Emery.

“Saya fikir kami mempunyai tiga atau empat bulan di mana ia tidak baik untuk semua orang,” katanya.

“Saya mempunyai perasaan selama sebulan, satu setengah bulan, bahawa kami kembali, kembali pada prestasi sebenar.

“Kami juga memerlukan sedikit nasib. Kami mempunyai banyak situasi malang.

“Tetapi untuk menerima nasib yang baik, kita perlu bekerja dan kita bekerja keras untuk kembali di mana kita perlu berada.

“Kami mempunyai banyak perlawanan, saya tidak sabar untuk mempunyai musim istimewa. ”

About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment