Xhaka serik pikul peranan kapten pasukan.

“Saya perlu berfikir dua kali jika kelab meminta saya mengambil armband”
  • Granit Xhaka adalah kapten Arsenal awal musim ini, tetapi kehilangan armband (lilitan kapten) selepas bertengkar dengan peminat.
  •  Pemain Swiss begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan musim sejuk.
  •  Mikel Arteta nampak yakin Xhaka akan kekal.
  •  Walau bagaimanapun, Xhaka mengakui dia akan berfikir dua kali untuk menjadi kapten lagi, jika dia diminta berbuat demikian.

Granit Xhaka telah mengalami perubahan besar sejak Mikel Arteta mengambil alih pasukan dan menjadi salah seorang pemain yang sentiasa ada dalam kesebelasan pasukan.

Namun sebelum itu, beliau begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan pada jendela perpindahan Januari.

“Sudah tentu, saya tidak berbohong. Ada ketika, kerana tidak mudah bagi saya dan keluarga saya. Saya harap mereka memahami ini.

“Tetapi saya fikir saya menunjukkan watak saya.

“Saya bukan seorang lelaki yang melarikan diri.

“Saya selalu berkata kepada kelab, ‘Apabila saya berada di sini, saya bersedia memberikan segala-galanya’

“Ia selalu begini. Saya bekerja dan berlatih begitu kuat dan perkara-perkara bertukar menjadi kunci. Ini [telah memberi saya] kebahagiaan yang paling tinggi.” jelas Xhaka.

Malah ketika ini terdapat gesaan untuk memberikan kembali lilitan kapten kepadanya, namun Xhaka sendiri mengakui bahawa beliau begitu serik untuk menerima tanggungjawab tersebut.

“Saya tahu dengan atau tanpa armband apa yang boleh saya berikan kepada pasukan,” katanya.

“Tetapi peristiwa ketika menentang Palace, menyebabkan saya tidak mahu mengambil kembali armband, tetapi Sokratis dan David Luiz memberitahu saya, bahawa saya perlu mengambilnya.

“Jika suatu hari kelab meminta saya untuk menerima armband, saya perlu berfikir dua kali.

“Masalah saya bukan mengenai pemain, ini lebih kepada manusia.

“Di satu pihak saya faham peminat kerana mereka sentiasa mahukan pemain melakukan yang terbaik, tetapi di sisi lain, mereka perlu memahami kami juga menghadapi masalah.”

Terjahan kasar Aubameyang yang menyebabkan beliau dilayangkan kad merah.

Luahan Xhaka itu jelas merujuk kepada perlawanan kedua menentang Palace, apabila Aubameyang dibuang padang selepas mencabar Meyer.

Aubameyang dilayangkan kad merah ketika pertemuan menentang Crystal Palace yang berkesudahan seri 1-1.

Aubameyang pada perlawanan tersebut merupakan kapten pasukan dan setelah diperintah keluar padang, tanggungjawab kapten diserahkan kepada beliau.

Xhaka diberikan lilitan kapten selepas Aubameyang diperintah keluar padang ketika aksi seri 1-1 menentang Crystal Palace.

Tetapi ia adalah permainan pertama, di Emirates, di mana Xhaka kehilangan kepercayaannya untuk menggalas tugas kapten pasukan.

Granit telah menjadi salah seorang pemimpin dalam pasukan ketika ini di bawah Mikel Arteta, walaupun ianya tanpa lilitan kapten.

Setakat ini ramai yang menyeru agar kelab mengembalikan peranan kapten kepadanya selepas persembahan menakjubkan sebagai pertahanan tengah ketika menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Adakah anda akan menerima kembali Xhaka sebagai kapten pasukan pada musim panas nanti sekiranya Aubameyang meninggalkan Emirates atau jika Arteta memutuskan untuk memberikan kembali armband kepada beliau?

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment