Zlatan Ibrahimovic gagal bantu AC Milan.

Mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, tewas 2-4 tamat permainan.

Inter Milan bangkit pada separuh masa kedua dengan empat gol dijaringkan untuk mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas musuh tradisi, AC Milan pagi tadi.

AC Milan bermula garang dengan penyerang sensasi, Zlatan Ibrahimovic membantu untuk gol pembukaan Ante Rebic sebelum menanduk masuk menerusi tandukan ketika Milan mendahului 2-0 sebelum rehat.

Namun voli Marcelo Brozovic dan sepakan Matias Vecino dalam tempoh dua minit menyaksikan Inter menyamakan kedudukan pada awal babak kedua sebelum tandukan Stefan De Vrij meletakkan mereka di depan pada minit ke-70.

Percubaan pasukan pelawat untuk menyamakan kedudukan bagaimanapun gagal selepas menyaksikan tandukan Ibrahimovic terkena palang ketika Milan terus berusa mencari gol penyamaan.

Namun skuad Antonio Conte mengesahkan kemenangan menerusi tandukan Romelu Lukaku untuk menamatkan perlawanan dengan kesudahan Inter Milan menang 4-2 ke atas AC Milan.

Inter ini berada di kedudukan teratas menerusi perbezaan gol selepas Juventus juga mengumpul 54 mata, setelah tewas 2-1 di tangan Hellas Verona semalam manakala Milan ditangga ke-10 dengan 32 mata.

About MyGooners 881 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment