4 kelab Inggeris telah menguji pemain muda Romania termasuk Arsenal.

Kevin Ciubotaru
Pemain muda berusia 16 tahun telah diuji dengan empat kelab Liga Perdana Inggeris, termasuk Chelsea, Tottenham dan Arsenal.

Kevin Ciubotaru menjalani percubaan di beberapa kelab Liga Perdana Inggeris dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan senarai kelab tersebut adalah termasuk Arsenal, Tottenham Hotspur, Chelsea dan Watford, menurut Mondo Primavera.

Ia mendakwa keempat-empat kelab yang disebutkan di atas menunjukkan minat dalam menandatanganinya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua kelab utara London, bersama dengan pemenang Liga Europa dan Hornets menghadapi ‘masalah berkaitan dengan urusan pengambilan’, dengan dikatakan ia adalah berkaitan dengan permit kerja.

Tidak ada penjelasan terperinci mengenai masalah sebenar Arsenal, Spurs, Chelsea dan Watford untuk menandatangani pemain Romania berusia 16 tahun itu.

Bagaimanapun, ianya seperti pemain tersebut tidak akan menyertai mana-mana kelab Inggeris tersebut, jika laporan itu dipercayai.

Pun begitu, pemain remaja itu menerima nasib yang baik apabila Parma telah memutuskan untuk mengambilnya dalam sesi percubaan dan Ciubotaru akan berlatih bersama pasukan U16 kelab Itali itu.

Kevin Ciubotaru

Kelab Austria, Rapid Vienna melepaskan Ciubotaru dari akademi mereka selepas akhir musim lalu dan tidak ada maklumat yang jelas tentang dimana pemain itu akan beraksi dan dimana dia akan cuba untuk ‘menjual’ dirinya.

Laporan musim panas lalu dari Romania mendakwa pemain itu berada di akademi bolasepak di London yang dikenali sebagai Ava FC.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada pemain U16 Romania itu masih berada bersama Ava FC atau tidak.

Dan pencari pencarian kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemain ini juga begitu sukar, tidak banyak yang diperolehi.

Tampalan terkini mengenai Ciubotaru yang dimuat naik oleh Ava FC adalah pada 20 Disember lalu (2019).

Ciubotaru menjalani ujian bersama Chelsea pada Jun 2019

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment