Connect with us

Arsenal

Aaron Ramsey akan terlepas perlawanan antarabangsa Wales menentang Austria dan Amerika Syarikat.

Published

on

Isu Virus Corona telah menyebabkan kerajaan Itali telah mengeluarkan amaran kepada setiap penduduknya untuk tidak keluar dari negara tersebut kecuali atas urusan penting seperti kerja.

Dan pemain-pemain bolasepak juga tidak terkecuali dalam hal ini, termasuklah pemain tengah Juventus, Aaron Ramsey.

Dia dijadualkan akan menyertai skuad kebangsaannya untuk menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang Austria dan Amerika Syarikat pada hujung bulan ini.

Advertisement

Namun dengan situasi COVID-19 yang semakin teruk di negara tersebut menyebabkan kerajaan negara tersebut menghadkan pergerakan penduduknya.

Mereka hanya dibenarkan untuk keluar untuk urusan keperluan asas seperti membeli barangan keperluan rumah, keluar, kerja atau kecemasan kesihatan.

Rakyat Britain yang baru pulang dari Itali perlu mengasingkan diri selama 14 hari, dan perlawanan persahabatan pertama Wales menentang Austria hanya tinggal 17 hari lagi.

Difahamkan Persatuan Bolasepak Wales percaya, mengambil kira perkara-perkara sebegini, ianya sukar untuk Ramsey meninggalkan Itali dan bermain hanya dua perlawanan.

Advertisement

Liga Serie A Itali telah digantung pada Isnin lepas sehingga 3 April, dengan kebanyakan aktiviti sukan di setiap peringkat ditangguhkan bagi mengekang penyebaran virus ini.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte berkata penyekatan keluar telah dilakukan di seluruh negara bermula pagi Selasa, dengan pihak askar dan polis mula menguatkuasakan penahanan ini.

Itali sudah mempunyai lebih 10,000 kes COVID-19, dan 653 kematian telah direkodkan setakat ini.

Ramsey baru mahu kembali ke prestasi terbaiknya bersama Juventus, setelah berpindah secara percuma dari Arsenal pada musim panas lepas.

Advertisement

Dia telah menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhirnya, termasuk satu gol dan satu assist semasa membantu the Old Lady menewaskan Inter Milan pada Ahad lepas.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply