Connect with us

Arsenal

Adakah Arsenal perlu membawa pemain ‘Arsenal’?

Published

on

Semangat ‘sanggup mati demi pasukan’ bagaikan tiada lagi dikalangan pemain-pemain ketika ini.

Secara umumnya, sukar untuk kita melihat atau menyaksikan pemain-pemain ketika ini sanggup bermati-matian bermain untuk lencana di dada.

Bagi Arsenal, selepas ketiadaan pemain yang memiliki ‘darah Arsenal’ seperti Ramsey, Wilshere, Szczesny dan Iwobi serta mungkin juga Cazorla, kita dihidangkan dengan permainan yang kurang ‘ump!’ berbanding jika pemain-pemain tersebut berada diatas padang – beraksi.

Bukan untuk mengatakan bahawa pemain yang ada ketika ini tidak bermain bersungguh-sungguh, namun sekiranya pemain-pemain berdarah Arsenal ini ada, pasti semangat melawan ‘lain maciam’.

Advertisement

Theo Walcott, walaupun merupakan produk Akademi Southampton, namun beliau membesar bersama Wenger dan Arsenal, jelas memiliki darah Arsenal.

Ini dapat dilihat apabila bertemu dengan musuh tradisi, Tottenham Hotspur.

Dan mereka yang dilepaskan ataupun terpaksa dilepaskan yang mempunyai darah Arsenal masih menyimpan ‘Arsenal’ didalam diri mereka.

Ini dapat disaksikan apabila mereka sering menyatakan sokongan mereka kepada Arsenal walaupun tidak lagi bersama.

Advertisement

Szczesny, Podolski dan Gnabry sering mendedikasikan sokongan mereka kepada Arsenal melalui ciapan mereka di laman Twitter ataupun laman sosial lain.

Kekalahan yang amat menyakitkan dan tersingkir dari saingan Liga Europa baru-baru ini, mungkin menjelaskan sedikit semangat juang pemain yang dimiliki Arsenal ketika ini.

Pada pandangan penulis dan penulis mengakui bahawa pemain telah memberikan yang terbaik pada perlawanan tersebut, namun ianya masih belum cukup jika dibandingkan dengan aksi pemain yang mempunyai darah Arsenal sejati.

Kekecewaan pemain dapat dilihat pada perlawanan itu selepas tersingkirnya dari saingan Eropah, namun kekecewaan itu bagi penulis ianya lebih kepada kekecewaan terlepas peluang untuk menjulang piala.

Advertisement

Dan bukannya kekecewaan akibat Arsenal mengalami kekalahan dan kekalahan yang memalukan.

Sekiranya pemain yang berdarah Arsenal ada pada perlawanan, sudah pasti semangat juang bermati-matian sedikit ketara dan kekecewaan mereka bukan dilihat sebagai ‘putus harapan’, kekecewaan mereka dilihat sebagai satu kemarahan (sukar penulis untuk menggambarkan namun harap pembaca memahaminya).

Arsenal pada perlawanan itu jelas memiliki kelebihan, namun mereka bermain bagaikan sikap acuh tak acuh (walaupun dinafikan Arteta – dan sememangnya tugas beliau untuk mengekalkan moral pemain), menyebabkan kita mengalami kekalahan yang memalukan.

Peranan kapten dan darah Arsenal sememangnya sangat-sangat diperlukan dalam pasukan ketika ini, inilah yang kita semua perlukan disamping usaha Arteta membina kembali pasukan.

Advertisement

Dan ini menimbulkan persoalan, adakah kita (Arsenal) memerlukan pemain ‘Arsenal’?

Iniesta, sebelum memainkan perlawanan terakhirnya, dia duduk bersendirian di tengah-tengah Camp Nou hingga tengah malam, memikirkan betapa sukarnya dia meninggalkan Barcelona.

Giggs, Totti, Xavi, Buffon, Messi, antara pemain yang sanggup dan menghabiskan seluruh hidup mereka di sebuah kelab (tunggal) sehingga khidmat mereka tidak lagi diperlukan.

Mereka, bukannya tidak ada ataupun ada pasukan berminat mendapatkan mereka, malah ada yang sanggup memenuhi klausa pelepasan mereka tetapi ianya bukanlah mudah untuk meyakinkan mereka meninggalkan pasukan.

Walcott, Cazorla, Ramsey, Wilshere, Szczesny, Iwobi, Rosicky, Wright, merupakan antara pemain yang sanggup bermatian demi kelab (pasukan), mereka memahami untuk bermain dalam / memakai jersi Arsenal.

Dan sehingga ke hari ini mereka masih ‘berdarah Arsenal’ dan pemain-pemain yang mempunyai ciri-ciri begini harus berada di dalam pasukan ketika ini.

Advertisement

Arsenal perlu mencari pemain yang sanggup ‘memikul meriam’ di bahu mereka.

Bukan sahaja sanggup, malahan memahami pengertian menyarung jersi Arsenal.

Sesetengah orang mungkin tidak ataupun kurang memahami kepentingan memiliki pemain sebegini, yang mempunyai kelab dan peminat di hati mereka.

Anda boleh mempunyai mana-mana pemain ternama yang anda mahukan tetapi jika mereka tidak mempunyai semangat itu, tiada apa-apa ‘chemistry’ akan dapat dicapai.

Advertisement

Begitu juga, anda boleh mempunyai pemain biasa tetapi oleh kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan, bermain untuk lencana, mereka akan selalu memberikan 100% mereka dalam setiap perlawanan.

Mereka pemain yang tidak melihat masa depan mereka di luar kelab tersebut, mereka memiliki kelab dan peminat dihati mereka.

Adakah anda merasakan ianya perlu untuk Arsenal memiliki pemain yang meminati Arsenal?

Mungkin anda akan melihat kepada Carl Jenkinson sebagai contoh yang gagal.

Advertisement

Namun harus diingat berapa ramai yang berjaya?

Ataupun adakah kita sudah memiliki pemain berdarah Arsenal dalam pembikinan?