Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Alexis Sanchez dan Arturo Vidal akan dikuarantin di Chile

Published

on

Dua pemain bintang skuad Chile ini akan dikuarantin apabila mereka tiba di negara mereka bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Colombia.

Alexis akan kembali ke Chile dari Inter Milan, di mana situasi virus Corona di Itali sangat teruk. Manakala pemain tengah Barcelona, Vidal akan terbang dari Sepanyol, yang juga menunjukkan peningkatan kes virus merbahaya ini.

Menteri Kesihatan Chile Jaime Manalich memberitahu para wartawan pada Selasa lepas yang mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap virus yang sudah merebak ke seluruh dunia ini.

Advertisement

Chile dijadualkan menentang Uruguay dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada 27 March di Montevideo, dan kemudian kembali ke Chile pada 1 April untuk menghadap tentangan Colombia.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply