Arsenal beri saingan kepada Spurs untuk penyerang muda Gent.

Jonathan David
Arsenal dilaporkan bersedia memberi cabaran kepada Chelsea dalam perebutan untuk menandatangani penyerang muda Gent, Jonathan David.

Laporan mengatakan The Gunners berminat untuk menandatangani pemain tersebut pada musim panas ini kerana berpotensi untuk kehilangan Pierre-Emerick Aubameyang.

Ini berikutan Aubameyang menghampiri tahun terakhir kontraknya di Emirates dan David dilihat antara pilihan yang mampu menggantikan penyerang antarabangsa Gabon itu.

Menurut Goal, scout Arsenal telah memantau David secara dekat kerana ia dilihat sebagai pengganti berpotensi Aubameyang pada musim panas nanti, dengan nilai perpindahan yang mungkin akan menelan belanja sekitar £ 17.5 juta.

Jonathan David

Pemain antarabangsa Kanada itu juga dikaitkan dengan Chelsea baru-baru ini sebagaimana didedahkan Daily Express dan jika benar dakwaan itu, maka David mendapat perhatian tinggi dari kelab London.

Seperti Arsenal, Chelsea juga mempunyai masalah pada jentera serangan kerana sukar untuk melihat Olivier Giroud dan Michy Batshuayi kekal bersama mereka pada penghujung musim ini, walaupun untuk alasan yang berbeza bagi Aubameyang.

Kedua-dua penyerang Chelsea itu bukanlah pemain tetap untuk Blues musim ini, walaupun Tammy Abraham bergelut untuk mempamerkan aksi konsisten namun tetap menjadi pilihan utama Frank Lampard.

Tammy Abraham, 22 tahun menjadi pemain utama dan pilihan Lampard bersama Chelsea.

David boleh menjadi pemain penyerang muda yang ideal untuk masuk dan mengambil tekanan dari Abraham, tetapi peminat Arsenal pastinya berharap mereka boleh memenangi perlumbaan perpindahan ini.

Pemain berusia 20 tahun itu mempamerkan aksi yang mengagumkan dengan meledak 23 gol dalam 39 perlawanan untuk semua pertandingan musim ini.

Perkembangan itu juga menunjukkan dia boleh memiliki masa depan yang cerah dalam permainan dan mungkin mampu mengubat kerinduan sekiranya penjaring terbanyak Arsenal setakat ini, Aubameyang bertindak meninggalkan Emirates.

Masa depan Aubameyang bersama Arsenal masih menjadi tanda tanya.

Pun begitu, ianya masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian mengenai perpindahan ini.

Dan semoga rundingan pembaharuan kontrak Aubemyang menemui kata putus yang positif.

About MyGooners 875 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment