Arsenal dilaporkan berminat dengan penyerang RB Leipzig yang menghancurkan Spurs di UCL.

Nama Marcel Sabitzer secara tiba-tiba naik mendadak setelah menjaringkan dua gol ketika kelab Jerman itu membenam Tottenham.

Kebanyakan penyokong Arsenal gembira apabila RB Leipzig membelasah Tottenham 3-0 dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara (UCL) peringkat 16.

Dan peminat serta penyokong Arsenal juga amat kagum dengan pemain sayap/penyerang kelab Jerman itu, Marcel Sabitzer, yang menjaringkan dua gol untuk menendang keluar pasukan Jose Mourinho dari saingan.

Pun begitu, bukan sahaja peminat dan penyokong Arsenal yang terpikat, malah scout The Gunners juga telah terkesan dengan pemain berusia 25 tahun itu.

Itulah apa yang didakwa Calciomercato bahawa Arsenal berminat mendapatkan pemain kelahiran Austria itu pada musim panas nanti.

Marcel Sabitzer has been directly involved in 6 goals in 7 #UCL games this season (4 goals, 2 assists)

Dan untuk menjadikan rumors ini lebih panas, mereka turut mengatakan bahawa The Gunners akan bersaing dengan Tottenham untuk mendapatkan tandatangan penyerang ini.

Kontrak Sabitzer bersama pasukan Bundesliga itu akan berakhir pada 2022.

Statistik Marcel untuk Leipzig musim ini:

  • 35 penampilan
  • 15 gol
  • 8 bantuan gol

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengaitkan pemain Wolves, Raul Jimenez ke Arsenal sebagaimana laporan ESPN dan Daily Star pula melaporkan bahawa The Gunners mensasarkan pemain Chelsea, Willian.

Menurut ESPN, biasanya sumber yang boleh dipercayai, Raul Jimenez muncul sebagai sasaran perpindahan musim panas Arsenal.

The Gunners akan menghadapi persaingan dari Tottenham untuk mendapatkan tandatangan pemain Mexico itu.

Raul Jimenez

Pemain berusia 28 tahun itu mempunyai tiga tahun lagi dalam kontraknya dengan nilai pasaran semasa dianggarkan sekitar £ 45 juta.

Penyerang telah berada dalam prestasi terbaiknya sejak berpindah ke Molineux pada 2018.

Statistik Raul bersama Wolves:

  • 87 penampilan
  • 39 gol
  • 18 bantuan gol

Menariknya, bekas pemain Chelsea, Craig Burley menasihatkan Arsenal untuk menandatangani Jimenez sebagai pengganti kepada Alex Lacazette.

Manakala mengikut Daily Star, Willian pemain sayap Chelsea dijangka meninggalkan Stamford Bridge apabila kontraknya tamat musim panas ini.

Dan mereka turut mengatakan bahawa keluarga Willian masih mahu kekal tinggal di London, jadi pemain berusia 31 tahun itu bersedia untuk menyeberangi bandar dengan memilih antara Arsenal dan Tottenham.

Willian akan berumur 32 tahun pada bulan Ogos nanti.

Menyertai Spurs bermakna Willian akan bersatu kembali dengan bekas pengurusnya sebelum ini di Chelsea, Jose Mourinho.

Turut dilaporkan bahawa wakil pemain itu mengenali rapat Pengarah Arsenal, Edu dan Raul Sanllehi sehinggakan The Gunners dikatakan sedia mempertimbangkan semula pendekatan mereka untuk tidak menandatangani pemain berusia lebih dari 30 tahun.

Dalam kedua-dua kes itu, Spurs dikatakan tertarik dengan sasaran perpindahan Arsenal.

Pun begitu, adalah dipercayai bahawa pemain lain RB Leipzig, Dayot Upamecano, juga berada dalam senarai The Gunners untuk pasaran musim panas menurut Bild.

Menurut Bild, Bayern Munich telah menyertai Barcelona dan Arsenal dalam mengejar pertahanan tengah RB Leipzig yang mendapat perhatian ketika ini.

Juara Bundesliga itu menimbang untuk mengemukakan tawaran pada musim panas nanti untuk pemain pertahanan itu, yang mana Upamecano mempunyai klausa pelepasan yang ditetapkan pada £ 50 juta.

Bayern juga dikatakan mahu melepaskan Jerome Boateng pada musim panas dan melihat pemain Perancis sebagai pengganti jangka panjang kepada pemain veteran Jerman itu.

Risiko RB Leipzig untuk kehilangan pertahanan tengah itu secara percuma jika mereka tidak menjualnya pada jendela perpindahan musim panas.

Ini kerana kontrak Upamecano bakal berakhir pada bulan Jun 2021 dan ketika ini, Red Bulls masih gagal meyakinkan pertahanan itu untuk menandatangani perjanjian baru setakat ini.

Dayot Upamecano, tetap dikaitkan dengan The Gunners
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment