
Arsenal dikatakan ‘berhutang’ dengan kelab asal Emi Martinez.
Arsenal dilaporkan ‘dipaksa’ untuk membayar € 500,000 kepada Independiente sebagai sebahagian daripada bonus dalam perjanjian untuk penjaga gol Emiliano Martinez.
Itulah apa yang dilaporkan oleh Doble Amarilla, dimana mereka menjelaskan bahawa pihak Argentina sedang ‘mencari wang’ dan akan menuntut ‘hutang daripada Arsenal’ supaya dijelaskan kepada mereka.
Martinez menyertai Arsenal pada 2010, menandatangani kontrak dengan pasukan simpanan The Gunners dari pasukan U20 Independiente dalam perjanjian bernilai £ 1.35 juta.

Semenjak menyertai Arsenal, beliau telah menghabiskan sepuluh tahun terakhir dalam kebanyakkan aksi secara pinjaman bersama kelab-kelab seperti Sheffield Wednesday, Rotherham, Wolves, Getafe dan Reading, namun ketika ini, beliau mendapati dirinya merupakan sebahagian daripada skuad utama di Emirates.
Musim |
Pasukan |
Jumlah Penampilan |
---|---|---|
2012– | Arsenal | 6 |
2012 | → Oxford United (loan) | 1 |
2013–2014 | → Sheffield Wednesday (loan) | 11 |
2015 | → Rotherham United (loan) | 8 |
2015–2016 | → Wolverhampton Wanderers (loan) | 13 |
2017–2018 | → Getafe (loan) | 5 |
2019 | → Reading (loan) | 18 |
*Nota jadual diatas: 6 penampilan Emi bersama Arsenal adalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris sahaja.
Malah, pada tahun ini juga beliau telah menempatkan dirinya sebagai pemain regular dalam pertandingan lain selain Liga Perdana, dimana dia telah membuat enam penampilan dalam saingan Liga Europa, tiga di Piala FA dan dua di Piala Carabao.
Rekod penampilan Emi bersama Arsenal.
Penampilan | 2019/20 | 2018/19 | 2017/18 |
2016/17 | 2015/16 | 2014/15 | 2013/14 | 2012/13 | 2011/12 | JUMLAH |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Liga Perdana | – | – | – | 2 | – | 4 | – | – | – | 6 |
Liga Juara-Juara | – |
– | – | – | – | 2 | – | – | – | 2 |
Europa | 6 | 1 | – | – | – | – | – | – | – | 7 |
Piala FA | 3 | – | – | – | – | – | – | – | – | 3 |
Piala Liga | 2 | – | – | 3 | – | – | – | 2 | – | 7 |
JUMLAH | 11 | 1 | – | 5 | – | 6 | – | 2 | – | 25 |
Beliau kini (sebagaimana didakwa) telah mengaktifkan klausa dalam perjanjian asal ketika Arsenal membawanya ke Emirates, yang menyatakan bahawa Independiente akan menerima € 500,000 sekiranya dia membuat sepuluh penampilan sebagai pemain permulaan untuk kelab itu.
Independiente dilaporkan cuba menuntut wang (bayaran bonus) itu pada bulan November lalu ketika Martinez telah membuat penampilan tetap dalam saingan Liga Europa.
Walau bagaimanapun, Arsenal mendakwa bahawa kejohanan itu (saingan Liga Europa) bukanlah sebahagian daripada perjanjian itu dan menolak permintaan kelab Argentina itu.
Kini Martinez telah mencapai jumlah keseluruhan (sepuluh penampilan sebagai pemain permulaan) pada kejohanan lain (tidak termasuk saingan Liga Perdana) dan Independiente telah ‘memperbaharui’ tuntutan mereka terhadap Arsenal, yang ‘perlu membayar’ mengikut laporan tersebut.
Penulis merasakan perjanjian – bayaran bonus itu adalah untuk sepuluh penampilan sebagai permulaan dan saingan Liga Perdana Inggeris.
Dan ini juga mungkin menjelaskan mengapa beliau jarang digunakan untuk saingan tersebut.

Macam kisah kontrak Alex Oxlade-Chamberlain dimana Arsenal telah menandatanganinya dari Southamton pada tahun 2011 ketika beliau berusia 17 tahun dengan bayaran sekitar £ 12 juta beserta dengan bayaran tambahan £ 3 juta.
Chamberlain juga dilaporkan mempunyai klausa dalam kontraknya yang bermaksud Arsenal perlu membayar £ 10,000 kepada Southampton setiap kali dia bermain 20 minit atau lebih.