Arsenal mungkin terpaksa menjual pemain bintang kerana tuntutan gaji £ 300k seminggu.

Arsenal dikenali sebagai antara pasukan bolasepak terbaik di Eropah dan berada dalam senarai Top 6 gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun dikenali antara pasukan terkuat dan terbaik atau erti kata lain pasukan elit, namun ia tidak membawa erti dimana Arsenal boleh sewenang-wenangnya berbelanja.

Arsenal bukanlah sebuah pasukan yang mempunyai kuasa besar dalam berbelanja mahupun mempunyai ‘kuasa wang’ jika dibandingkan dikalangan pasukan Top 6 Liga Perdana Inggeris.

Jika kita selaku peminat dan penyokong Arsenal, pasti kita menyedari betapa sukarnya untuk melihat pembelian mega pemain untuk menguatkan pasukan.

Cuma kebelakangan ini sahaja kita menyaksikan pembelian mewah, dimana Nicolas Pepe dibawa masuk dengan nilai perpindahan sebanyak £72 juta.

Kemasukan Pepe menyaksikan kita memiliki beberapa pemain elit dimana sebelum kedatangan pemain Ivory Coast ini, Arsenal terlebih dahulu membawa masuk Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Dan ketiga-tiga pemain itu merupakan pemain elit dan termahal yang pernah dibeli Arsenal.

Namun setelah berjaya mendapatkan pemain-pemain elit, kini Arsenal berdepan kesukaran untuk mengekalkan mereka.

Dan kini bagaikan menjadi trend untuk kita menyaksikan pemain-pemain elit yang dimiliki Arsenal meninggalkan Emirates.

Perkara itu terjadi kerana Arsenal dilihat mengalami kesukaran untuk memenuhi permintaan pemain dalam memperbaharui kontrak dan terpaksa melepaskan mereka demi mengurangkan kos kewangan kelab.

Robin van Persie dan Alexis Sanchez kedua-duanya meninggalkan Emirates apabila kontrak mereka menghampiri tarikh luput, dan laporan dari The Daily Mail menunjukkan bahawa Pierre Emerick Aubameyang turut berdepan situasi sama.

Mereka melaporkan bahawa Aubameyang mahukan gaji sebanyak £ 300k seminggu untuk kekal di Emirates, yang mungkin menjadi terlalu banyak untuk The Gunners memenuhi permintaan tersebut.

Kontraknya akan berakhir pada akhir musim depan dan sekiranya rundingan pembaharuan kontrak menemui jalan buntu, besar kemungkinan Arsenal terpaksa menjualnya musim panas ini.

Situasi ini mungkin menjadi rumit untuk Arsenal mengekalkan Aubameyang kerana penyerang Gabon ini telah menjaringkan 61 gol dalam 97 penampilan untuk The Gunners dan usianya bakal menjadi 31 tahun pada musim panas ini.

Kontrak yang tinggi (gaji) dengan usia yang semakin tua akan menimbulkan persoalan mengenai prestasinya musim depan (sekiranya masih berada dan menyambung kontrak).

10 Pembelian Termahal Arsenal

10. Bernd Leno

Dari: Bayer Leverkusen
Yuran Perpindahan: £22 juta

9. Lucas Torreira

Dari: Sampdoria
Yuran Perpindahan : £26.5 juta

8. William Saliba

Dari: St-Etienne
Yuran Perpindahan: £27 juta

7. Alexis Sanchez

Dari : Barcelona
Yuran Perpindahan : £32 juta

6. Granit Xhaka

Dari: Borussia Monchengladbach
Yuran Perpindahan : £34 juta

5. Shkodran Mustafi

Dari: Valencia
Yuran Perpindahan : £35 juta

4. Mesut Ozil

Dari: Real Madrid
Yuran Perpindahan : £42 juta

3. Alexandre Lacazette

Dari: Lyon
Yuran Perpindahan : £52 juta

2. Pierre-Emerick Aubameyang

Dari: Borussia Dortmund
Yuran Perpindahan : £56 juta

1. Nicolas Pepe

Dari : Lille
Yuran Perpindahan : £72 juta

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment