Arsenal telah ‘mengaktifkan’ minat terhadap pemain berusia 25 tahun,Domenico Berardi.

The Gunners dijangkakan akan melakukan kerja-kerja awal perpindahan ‘dalam beberapa minggu akan datang’.

Pada hari Ahad, Calciomercato mempunyai artikel yang sangat ringkas mengenai minat Arsenal terhadap Domenico Berardi.

Domenico Berardi adalah pemain bolasepak profesional Itali yang bermain sebagai penyerang dan sayap untuk Sassuolo dan pasukan kebangsaan Itali.

Ia mendakwa The Gunners telah ‘mengaktifkan’ minat terhadap pemain berusia 25 tahun dan akan menghantar scout untuk menontonnya ketika aksi melibatkan kelab Sassuolo ‘dalam minggu-minggu akan datang’.

Laporan Calciomercato

Berardi telah bermain pada posisi sayap kanan untuk kelab Serie A, Sassuolo musim ini dan mempunyai sembilan gol serta lima bantuan gol hasil daripada 20 perlawanan setakat ini.

Musim lalu dia hanya berjaya menjaringkan sepuluh gol dan empat bantuan gol dalam 37 perlawanan, jadi jelas dia semakin maju ke depan dalam aksinya.

Walaubagaimanapun, minat Arsenal terhadap pemain itu masih menjadi tanda tanya.

Berardi mempunyai kontrak sehingga Jun 2024 bersama US Sassuolo dengan baru sahaja menandatangani pembaharuan kontrak pada bulan Oktober tahun lepas, tentu saja dia tidak boleh didapati dengan harga yang murah.

Menonton beberapa perlawanan untuk melihat sama ada dia boleh memberikan apa yang Arsenal mahukan, sudah tentu tidak salah.

Tetapi, dia harus menunjukkan kebolehan sebenarnya bagi memikat para scout yang dihantar Arsenal, bagi menyakinkan mereka bahawa dia seharusnya menjadi keutamaan The Gunners untuk jendela musim panas nanti.

Secara keseluruhan, Berardi telah membuat 249 penampilan untuk Sassuolo dengan 83 gol dan 54 bantuan gol.

Berardi bernilai kira-kira €24 juta dalam pasaran semasa ketika ini.

Domenico Berardi juga merupakan kapten pasukan US Sassuolo musim ini.

Statistik penampilan dalam saingan Serie A musim ini
About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment