Arsenal tidak mampu kehilangan Aubameyang.

Lagenda Arsenal jelaskan mengapa Arsenal tidak boleh kehilangan penyerang berbisa, Pierre-Emerick Aubameyang
  • Keown berkata mengekalkan Aubameyang adalah sebahagian daripada pembinaan pasukan yang kuat untuk masa depan.
  • Dia memuji penyerang itu sebagai pemain terbaik untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
  • Bekas pemain The Gunners berharap kehilangan Auba tidak akan menjejaskan psikologi pasukan.

“Kita perlu, sudah tentu, untuk mengekalkan Aubameyang walaupun dia terlepas peluang keemasan untuk menjadi hero lagi,” kata Martin Keown sebagaimana dipetik dari Goal.

“Saya fikir sukar untuk untuknya menerima.

“Dia menjadi pemain terbaik Arsenal selama dua atau tiga tahun lalu dan kami memerlukannya untuk bangkit.

“Serta berharap ia tidak memberi kesan terlalu banyak secara psikologi kepada pasukan kerana kami mempunyai saingan [perlawanan] Piala FA yang akan datang, pada hari Isnin, dan masih berpeluang untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara, walaupun peluang agak sukar. ”

Auba telah menjaringkan 61 gol dalam 96 penampilan untuk Arsenal sejak membuat debutnya pada Januari 2018.

Malah beliau juga ketika ini merupakan penjaring terbanyak liga musim ini dengan menjaringkan 17 gol, berkongsi kedudukan dengan Jamie Vardy.

Senarai penjaring terbanyak liga setakat ini.
About MyGooners 875 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment