Arteta mempunyai ‘idea yang sangat jelas’ untuk Arsenal menjelang pertembungan Manchester City.

Arsenal akan berkunjung ke Stadium Etihad pada awal pagi Khamis, jam 3.30 waktu Malaysia.

Menurut laman web rasmi Arsenal, Mikel Arteta mempunyai ‘idea yang sangat jelas’ menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris dimana The Gunners akan menentang Manchester City pada malam Rabu (awal Khamis ini waktu Malaysia, jam 3.30 pagi).

Arteta mengakui bahawa perlawanan tersebut akan menjadi ‘malam yang sangat istimewa’ baginya dengan pengendali Sepanyol itu mengetuai Arsenal menentang bekas majikannya.

Bekas kapten The Gunners itu menghabiskan masa selama tiga setengah tahun sebagai salah seorang pembantu Pep Guardiola di Manchester City dan beliau berharap dia mempunyai semua rahsia untuk berjaya menjelang pertemuan itu.

Arsenal memerlukan semua bantuan yang ada bagi mengambil kesempatan terhadap City yang mengalami kekalahan kepada seteru bandar mereka, Manchester United.

The Gunners tidak pernah mengalahkan City dalam saingan liga sejak Disember 2015.

Berikut adalah apa yang diperkatakan Arteta tentang bagaimana pengetahuannya tentang City dapat membantu The Gunners untuk mendapatkan hasil yang terbaik:

“Ia memberi saya gambaran yang jelas mengenai apa yang mereka cuba lakukan, apa yang mereka akan lakukan, tetapi ia adalah sesuatu yang berbeza mampu menghentikannya dan mencipta masalah yang saya fikir kita boleh buat untuk mereka.”

“Itu harus berlaku pada hari tersebut, apabila mereka berada pada tahap yang terbaik, kita tahu apa yang mereka mampu lakukan, variasi yang mereka ada.”

“Pada akhirnya, ia mengenai pemain di padang dan prestasi mereka.”

Keputusan perlawanan di Stadium Etihad akan memberi kesan besar buat Arsenal dalam memburu slot ke Liga Juara-juara musim depan.

Arsenal kini dibezakan dengan lima mata di belakang United yang berada di tangga kelima dan lapan mata dibelakang Chelsea yang menghuni tangga keempat liga.

The Gunners perlu menggunakan kesempatan ini untuk terus memberi tekanan kepada United dan Chelsea dengan memenangi perlawanan menentang City, sekaligus menghidupkan peluang ke saingan Eropah.

Kedudukan terkini EPL.

Sekiranya Arsenal dapat mencipta kejutan sebagai mana United lakukan terhadap City, peluang untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara semakin cerah.

Kelebihan Arsenal ketika ini dimana Arteta mempunyai pilihan jentera serangan yang flesibel, yang mana kelajuan dan pemain muda berbakat yang sukar diramal mampu memberikan masalah kepada barisan pertahanan Pep Guardiola.

City ketika ini dilihat mempunyai masalah pada barisan pertahanan mereka dan penulis yakin, Arsenal mampu mengatasi mereka Khamis ini.

#COYG #WeAreTheArsenal

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment