Arteta puji prestasi dan persembahan Mari.

Pablo Mari
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta memuji prestasi Pablo Mari ketika perlawanan menentang West Ham.

Pemain Sepanyol itu membuat debut Liga Perdana Inggeris beliau untuk The Gunners ketika menentang pasukan David Moyes dan mempamerkan persembahan yang mantap ketika mencatatkan kemenangan tipis 1-0 hasil gol lewat perlawanan dari Alexandre Lacazette.

Berikutan perlawanan, Arteta memuji Mari, menyatakan bahawa pemain itu beradaptasi dengan baik.

“Saya fikir dia sangat baik dan pada babak pertama dia mengambil beberapa detik untuk menyusun apa yang perlu dilakukannya.” jelas Arteta sebagaimana dipetik dari Daily Star.

“Dia berani, dia sanggup, dia hebat tanpa bola dan dia mempunyai perwatakan.

“Dia sangat bersuara di sekelilingnya walaupun dia hanya dua hari di sini, tetapi dia mempunyai keupayaan dan perwatakan itu.

“Saya sangat gembira dengannya.

“Dia baik, dia beradaptasi dengan cukup baik.

“Ini bukan liga mudah dan pertahanan tengah pada pendapat saya bermain di Liga Perdana adalah salah satu kedudukan yang paling sukar untuk dimainkan bagi pemain asing.

“Tetapi dia sangat bersedia, dia belajar dan mempunyai pengalaman dan pemahaman yang sangat baik dengan rakan sepasukannya.”

Mari telah membuat dua penampilan untuk Arsenal sejak menyertai The Gunners dari Flamengo dan telah melakukannya dengan baik setakat ini.

Arteta berharap dapat melihat persembahan yang lebih baik dari pemain Sepanyol itu dalam baki musim ini, bagi membantu dan mencerahkan lagi peluang The Gunners untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Melihatkan bagaimana Mari beraksi dalam dua perlawanan pertamanya, ada peluang yang baik untuk pemain itu memulakan perlawanan dalam barisan permulaan untuk perlawanan seterusnya Arsenal pada hari Khamis ini.

Dan itu akan menjadi cabaran besar buat pemain berusia 26 tahun itu kerana lawannya nanti adalah Manchester City.

Adakah Arteta telah menemui gandingan mantap pada barisan pertahanan, terutaman pertahanan tengah?

Sebelum ini, Mari telah membuat penampilan pertama bersama skuad utama Arsenal dalam saingan Piala FA ketika menewaskan Portsmouth 2-0.

Sekiranya beliau bermula (dalam kesebelasan utama) dan melakukan tugasnya dengan baik ketika bertemu pasukan Pep Guardiola, ada kemungkinan dia mampu menjadi pemain permulaan yang tetap untuk The Gunners.

Setakat ini (dua penampilan), Mari telah bergandingan dengan baik bersama David Luiz.

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment