Connect with us

Arsenal

Atletico Madrid hubungi Lacazette berhubung perpindahan musim panas.

Published

on

Atletico Madrid dilaporkan telah menghubungi penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette dalam perpindahan berpontensi ke Wanda Metropoiltano pada musim panas akan datang.

Pemain berusia 28 tahun itu telah menjaringkan sembilan gol dalam 26 penampilan untuk The Gunners musim ini, termasuk dua dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana.

Lacazette masih dalam kontrak bersama Arsenal sehingga musim panas tahun 2022, walaupun masa depannya sering diperkatakan bersama seorang lagi penyerang, Aubameyang.

Seperti yang dilaporkan oleh Soccerlink, pengarah sukan Atletico Madrid, Andrea Berta telah menghubungi pemain itu untuk membincangkan perpindahan menjelang musim 2020/21.

Advertisement

Sementara berita lebih lanjut mendedahkan bahawa Arsenal bersedia menjual Lacazette pada musim panas ini jika mereka mendapat tawaran yang bersesuaian.

Pemain antarabangsa Perancis itu telah mencatatkan 45 gol dalam 114 penampilan untuk Arsenal sejak dibawa dari Lyon di mana dia telah menjaringkan 129 gol dalam 275 perlawanan dalam semua pertandingan untuk kelab Ligue 1.

Musim ini, The Gunners masih bergelut untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan empat teratas, bagi melayakkan diri untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Malah, skuad bimbingan Arteta juga turut bergelut untuk menempatkan diri dalam kedudukan yang melayakkan mereka beraksi dalam Liga Europa.

Pun begitu, perebutan slot untuk kedua-dua kejohanan Eropah itu masih terbuka dan Arsenal juga dilihat masih berpeluang untuk menempatkan diri untuk sekurang kejohanan Liga Europa.

Advertisement

Laporan itu menambah bahawa Lacazette gembira di Arsenal tetapi pihak Atletico Madrid juga yakin mampu melakukan perpindahan pada musim panas.