Aubameyang tidak memerlukan ‘trofi’ untuk membuktikan dia sebagai ‘penyerang ternama’.

Bintang Arsenal tidak fikir dia memerlukan ‘trofi’ untuk membuktikan dirinya adalah ‘penyerang ternama’.

Pierre-Emerick Aubameyang mendedahkan dalam wawancara bersama Sky Sports bahawa dia tidak perlu memenangi trofi untuk membuktikan dia adalah ‘penyerang ternama’.

Dan menurut Goal pula, pemain antarabangsa Gabon itu dilaporkan tidak gembira berada bersama Arsenal dan ketika ini pemain tersebut menarik minat beberapa kelab di seluruh Eropa.

Kontrak Aubameyang bersama The Gunners bakal berakhir pada musim panas yang akan datang (30.06.2021).

Dakwaan kegagalan Arsenal untuk memenangi sebarang trofi menjadi salah satu sebab mengapa penyerang itu akan meninggalkan Emirates.

Pun begitu, Aubameyang telah menafikan khabar angin itu dalam komen yang dibuatnya kepada Sky Sports.

Bintang Arsenal itu mengatakan dia tetap menjadi penyerang ternama walaupun tidak memenangi sebarang trofi.

“Saya penyerang, saya akan mempertahankan pasukan saya – saya tidak fikir anda memerlukan trofi untuk menjadi penyerang ternama,”

“Sudah tentu, ia dapat membantu anda tetapi kami telah melihat banyak pemain hebat yang tidak memenangi trofi tetapi kami menghormati mereka kerana kualiti mereka.”

“Anda tidak perlu memenangi trofi tetapi jika anda memenanginya, ia lebih baik.”

Menurut Goal dalam laporan berasingan, Mikel Arteta telah memberi bayangan dimana pihak Arsenal telah merancang untuk menawarkan kontrak baru kepada Aubameyang tidak lama lagi.

The Gunners dan peminat berharap agar Aubameyang kekal memberi komitmen kepada Arsenal untuk masa depan dengan menandatangani perjanjian baru.

The Gunners kini berada di tangga ke-9 dalam jadual Liga Perdana dan masih berada dalam saingan Piala FA.

Kedudukan EPL setakat 7.3.2020
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment