Connect with us

Barcelona

Barcelona mahu kurangkan gaji ketika tempoh penularan wabak COVID-19

Published

on

Kelab gergasi Sepanyol ini mahu mengurangkan gaji pemain dan kakitangan kelab bagi me’minima’kan impak ekonomi akibat virus Corona.

Bolasepak Sepanyol telah digantung untuk satu tempoh yang masih tidak diketahui pada awal bulan ini, dan hanya boleh dimulakan semula selepas kerajaan dan badan-badan kesihatan berpuas hati sudah tiada lagi risiko terhadap kesihatan masyarakat awam.

Ketiadaan aktiviti sukan juga menyebabkan impak terhadap aliran pendapatan, maka Barcelona telah mengumumkan mereka akan mengambil langkah-langkah tertentu dalam usaha mengurangkan impak krisis ekonomi.

Advertisement

Antara langkah-langkah yang telah diputuskan oleh badan pengarah kelab adalah “menyesuaikan kewajipan kontrak kakitangan kelab kepada situasi baru dan sementara yang sedang kita alami”.

Barca mengatakan, sedang hari bekerja dikurangkan kerana virus Corona, maka gaji juga akan dikurangkan.

Kenyataan kelab berbunyi: “Ianya mengenai pembentangan fail-fail relatif yang berbeza dalam bidang sukan (bolasepak dan sukan-sukan profesional yang lain), serta untuk anggota bukan sukan yang lain.

Fail-fail ini akan diproses sebelum Treball Department of the Generalitat de Catalunya, apabila kelab telah berkongsi semua aspek yang berkaitan dengan langkah-langkah ini, dan ruang lingkup mereka, dengan semua kakitangannya, sukan dan bukan sukan.

Advertisement

“Pada dasarnya ia adalah pengurangan hari bekerja, yang dikenakan oleh keadaan dan langkah-langkah perlindungan yang dijalankan, dan, akibatnya, pengurangan berkadar dalam imbuhan yang disediakan dalam kontrak masing-masing.”

Penyandang juara La Liga, yang sedang menerajui liga apabila penggantungan liga bermula, juga mengumumkan mereka sedang mencari beberapa jalan untuk membantu mengatasi impak virus Corona.

Ia termasuklah memberikan penggunaan fasiliti-fasiliti kelab kepada jabatan kesihatan tempatan, dan menghubungi serta membantu para penyokong yang sudah melebihi usia 80 tahun yang terkesan dengan krisis ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply