Bellerin korbankan dirinya demi kelab.

Bintang Arsenal bermain dalam kesakitan selepas kecederaan pangkal paha dalam latihan bulan lalu.

Hector Bellerin secara kasarnya telah ‘mengorbankan’ dirinya untuk kelab kerana dia dilaporkan bermain dalam/dengan kesakitan selepas mengalami kecederaan pangkal paha pada bulan lalu.

The Gunners masih berjuang untuk mencuba dan memastikan slot ke Liga Juara-juara musim depan masih hidup, sementara mereka juga berharap untuk merangkul kejuaraan Piala FA musim ini.

Dengan jadual perlawanan Arsenal boleh dikatakan sangat penting untuk setiap perlawanan sehingga akhir musim ini dan tidak boleh mengalami sebarang kekalahan, sudah pasti Bellerin tidak mahu dipinggirkan.

Lebih-lebih lagi beliau telah lama tidak beraksi semenjak mengalami kecederaan musim lalu (cruciate ligament rupture).

Musim ini, beliau baru membuat lapan penampilan Liga Perdana dengan kali terakhir beraksi pada perlawanan menentang West Ham (7 Mac lalu – sekadar seminit).

Semenjak pulih dari cruciate ligament rupture, beliau membuat aksi bersama skuad U23 Arsenal dalam dua penampilan sebelum kembali bersama skuad utama untuk perlawanan menentang Crystal Palace, namun hanya memanaskan bangku simpanan.

Dan beliau akhirnya membuat penampilan bersama skuad utama Arsenal pada perlawanan menentang Leicester City ditempat lawan pada 9 November 2019.

Beliau hanya sempat membuat tiga penampilan sebelum kembali mengalami kecederaan hamstring pada awal Disember 2019 dan berehat selama 39 hari, sebelum kembali beraksi menentang Chelsea pada 21 Januari dengan lilitan kapten diberikan kepadanya.

Semenjak itu beliau membuat tiga lagi penampilan penuh (90 minit) dalam bulan Februari untuk saingan Liga Perdana Inggeris.

REKOD KECEDERAAN BELLERIN

Season Injury from until Days Games missed
19/20 Hamstring Injury Dec 6, 2019 Jan 14, 2020 39 days 9
18/19 Cruciate Ligament Rupture Jan 19, 2019 Sep 16, 2019 240 days 31
18/19 Calf Strain Dec 16, 2018 Jan 9, 2019 24 days 7
16/17 Ankle Injury Jan 6, 2017 Jan 16, 2017 10 days 2
16/17 Ankle Injury Nov 7, 2016 Dec 10, 2016 33 days 7
15/16 groin strain Nov 2, 2015 Nov 18, 2015 16 days 2

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, melalui Athletic, Bellerin mengalami kecederaan pangkal peha pada sesi latihan di bulan Februari, dan sejak itu telah mengambil ubat penahan sakit untuk mendapatkan minit permainan dan menjalani latihan untuk terus beraksi demi Arsenal.

Ia menambahkan bahawa perkara itu telah menghadkan prestasinya dan menjadi persoalan sama ada ia adalah strategi paling masuk akal dari kelab dan pemain, kerana ia pasti akan melakukan lebih banyak kerosakan kepada dirinya sendiri jika ia tidak dirawat dengan baik.

Bellerin bermain hanya satu minit dalam kemenangan ke atas West Ham pada hujung minggu ketika dia ditinggalkan dari skuad menentang Portsmouth di Piala FA minggu lalu.

Berdasarkan laporan di atas, ia sangat mengejutkan untuk melihat Bellerin beraksi selama ini tanpa mengira sama ada dia mengambil ubat penahan sakit atau tidak.

Dan ini juga menjelaskan mengapa Sokratis diberikan peranan untuk mengisi posisi Bellerin ketika menentang West Ham dan Portsmouth.

Walaupun Bellerin pernah dikecam kerana prestasinya yang dikatakan semakin merosot, namun dengan pendedahan ini, sudah pasti peminat Arsenal akan menghargai tahap komitmen yang tinggi ditunjukkannya kepada kelab,

About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment