Berita baik untuk Arsenal menjelang pertembungan menentang West Ham.

The Gunners dalam misi penting untuk mencari tiga mata berharga ketika mereka menghadapi West Ham malam ini dan ada berita baik dalam latihan minggu ini.

Arsenal menewaskan Portsmouth untuk memulakan minggu ini dengan bersemangat apabila mengesahkan tempat ke suku akhir Piala FA dan mereka berharap untuk mengekalkan perasaan dan momentum kemenangan tersebut.

Skuad Mikel Arteta akan memulakan hujung minggu ini dengan berada di tempat ke-10 dalam Liga Perdana, lapan mata dibelakang Chelsea yang ketika ini di kedudukan keempat.

Kedudukan Liga Perdana Inggeris (6.3.2020)

Dengan perebutan slot untuk ke Liga Juara-Juara masih terbuka (menamatkan saingan ditangga ke-4 liga), Arsenal ketika ini masih mempunyai 11 perlawanan untuk diharungi dan sudah pasti Arteta berharap sebanyak mungkin berita baik mengenai status kecederaan pemain-pemainnya.

Walaupun terdapat berita menyedihkan minggu ini selepas Lucas Torreira mengalami kecederaan pada pergelangan kakinya ketika pertembungan menentang Portsmouth, Arsenal mengesahkan bahawa pemain yang dibawa masuk pada musim panas, Kieran Tierney telah kembali menjalani latihan penuh dan mungkin akan bermain untuk perlawanan menentang West Ham.

Semoga cepat sembuh Torreira.

Memandangkan pasukan perubatan telah mengumumkan dimana Sead Kolasinac tidak mungkin kembali menjalani latihan penuh sehingga akhir bulan selepas mengalami kecederaan bahu, Arteta pasti lega untuk memiliki Tierney bagi mengisi posisi pertahanan kiri.

Kieran Tierney dan Bukayo Saka

Pemain muda, Bukayo Saka telah mengisi dengan cemerlang semenjak ketiadaan Tierney dan Kolasinac, tetapi memandangkan peranan semula jadi Tierney itu, pasti akan menjadi dorongan buat Arsenal dan Arteta untuk mengalu-alukan dia kembali beraksi, dengan harapan dia melepasi tahap kecergasan hujung minggu ini.

Berdasarkan taktikal perlawanan terakhir, Arteta mungkin memilih untuk tidak mengambil sebarang risiko, tetapi dengan Arsenal kini tidak mampu untuk kehilangan lebih banyak mata pada peringkat ini, pastinya beliau akan mahu menurun kesebelasan terkuat menentang West Ham.

Kesebelasan utama dan formasi Arsenal ketika menentang Portsmouth.

INFO PERLAWANAN ARSENAL vs WEST HAM

Sumber rujukan: Arsenal

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment