Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Bilakah Liverpool akan diumumkan sebagai juara liga.

Published

on

Susulan kekalahan pencabar terdekat Liverpool, Manchester City kepada Manchester United.

Kini jelas persoalan yang dibincangkan adalah – bilakah Liverpool akan diumumkan sebagai juara liga berbanding mampukah mereka memenangi liga.

Ya, mereka (Liverpool) sememangnya akan dinobatkan selaku juara liga musim ini dan kali pertama dalam sejarah mereka.

Dengan hanya dua kemenangan yang diperlukan lagi dari sembilan perlawanan Liga Perdana mereka, Liverpool kini mampu menamatkan penantian tiga puluh tahun kesengsaraan mereka.

The Reds tidak akan menyamai Arsenal Invincibles selepas mengalami kekalahan 3-0 kepada Watford, tetapi mereka bangkit pada hujung minggu dengan kemenangan 2-1 ke atas Bournemouth di Anfield, sementara Manchester City memberikan bantuan lain kepada mereka dengan kekalahan pada Derby Manchester 2-0 kepada Man Utd.

Advertisement

Liverpool mungkin tidak perlu untuk mencari dua lagi kemenangan untuk disahkan sebagai juara, ini kerana City perlu bermain dua perlawanan sebelum The Reds beraksi dalam saingan Liga Perdana mereka (menentang Everton minggu depan).

Pasukan Pep Guardiola mempunyai perlawanan yang disusun semula iaitu berdepan Arsenal pada awal pagi Khamis ini (12 Mac 2020, jam 3.30 pagi waktu Malaysia), sementara Liverpool pula akan cuba memadamkan defisit 1-0 Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, pada tarikh yang sama (jam 4 pagi waktu Malaysia).

City kemudian akan menerima kunjungan Burnley di Stadium Etihad pada Sabtu malam dan jika mereka mengalami kekalahan untuk kedua-dua perlawanan itu, maka Liverpool akan dinobatkan selaku juara sebelum memulakan aksi di Goodison Park pada hari awal pagi Selasa, jam 4 pagi waktu Malaysia.

Ini bermakna seteru Merseyside mereka akan memberikan guard of honour, yang mana peminat LFC tidak akan ragu-ragu setelah (jika) City kalah dalam perlawanan menentang Arsenal dan Burnley (walaupun ianya tampak sukar, namun tidak mustahil).

Advertisement
Liverpool pernah memberikan guard of honour kepada Chelsea (juara liga) pada tahun 2015.

Sekiranya Arsenal dapat mengalah City di Stadium Etihad, dan kemudian mereka (City) mengalahkan Burnley, maka Liverpool mungkin mendapat peluang untuk menjuarai gelaran dengan kemenangan di Everton, yang turut akan memberikan perasaan yang sama, memuaskan hati penyokong Reds.

Namun, jika City memenangi dua perlawanan mereka minggu ini, Liverpool hanya perlu terus menang – sesuatu yang tidak terlalu sukar buat mereka musim ini.

Dan mereka boleh menjadi juara dengan memungut enam mata hasil pertemuan menentang Everton dan Crystal Palace untuk mengumpul jumlah mata sebanyak 88 (untuk 31 perlawanan).

Dan jumlah mata itu sudah pasti tidak mampu dikejar City walaupun memenangi baki perlawanan musim ini.

Itu bermakna juara musim lalu (City) akan memberikan guard of honour kepada Liverpool apabila mereka mengalu-alukan The Reds di Etihad pada 5 April nanti.

Advertisement