Bolasepak Eropah dengan ‘lockdown’

Tarikh jangkaan kembali beraksi bagi liga utama Eropah.
  • Coronavirus terus ‘memusnahkan’ bolasepak Eropah.
  • Semua lima liga utama telah digantung buat masa sekarang.
  • Tidak akan ada bolasepak sehingga April untuk sekurang-kurangnya.

Kesemua lima liga bolasepak utama Eropah kini ditangguhkan berikutan keputusan Bundesliga untuk menggantung semua tindakan sehingga sekurang-kurangnya 2 April.

Dengan Liga Perdana, Serie A, La Liga, Ligue 1 dan semua aksi saingan Eropah juga dibatalkan untuk masa ini, tidak akan ada hidangan bolasepak disajikan pada bulan Mac ini.

Coronavirus menyerang Itali dengan mencatatkan kes tertinggi di kalangan negara Eropah

Itali menjadi negara pertama yang menangguhkan serta mengeluarkan arahan untuk menghentikan kegiatan sukan serta merta ekoran coronavirus.

“Pada ketika ini, tidak ada sebab untuk acara sukan diteruskan, saya bercakap mengenai kejuaraan bolasepak.

“Saya minta maaf untuk mengatakan ini, tetapi para peminat perlu mengambil perhatian tentang ini.

“Kami tidak akan membenarkan walaupun gim untuk digunakan untuk sukan, ” jelas Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte pada 9 Mac lalu.

Menurut BBC, liga bolasepak Jerman (Bundesliga dan Bundesliga 2) akan ditangguhkan serta merta sehingga 2 April 2020.

“Sasarannya masih untuk mengakhiri musim ini pada musim panas – dari sudut pandang sukan, tetapi menamatkan saingan musim ini dengan lebih cepat mungkin mempunyai memberi kesan kepada sesetengah kelab,” kata kenyataan DFL itu.

Tarikh untuk liga utama Eropah kembali beraksi (jangkaan):

  • Liga Perdana: 3 April
  • Serie A: 3 April – bergantung kepada perkembangan semasa COVID-19
  • La Liga: 5 April
  • Ligue 1: 3 April namun bergantung kepada pengumuman semasa
  • Bundesliga: 2 April

Uefa mengumumkan pada hari Jumaat bahawa semua pertandingan kelab Eropah, termasuk Liga Juara-Juara dan Liga Europa, yang akan dimainkan pada 17 dan 18 Mac telah ditangguhkan.

Menurut Sky Sports, sumber kelab Liga Perdana Inggeris mendakwa ada peluang ‘75%’ musim ini tidak akan selesai.

“Pegawai dari semua 20 kelab akan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari Khamis untuk membincangkan rancangan saingan baki musim ini, dengan satu sumber senior di sebuah kelab Liga Perdana memberitahu Sky Sports, terdapat peluang sebanyak 75 peratus musim ini tidak akan dapat diselesaikan. ” – Sky Sports.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment