Cenk Tosun mungkin terlepas aksi baki musim ini.

Cenk Tosun

Kecederaan lututnya itu juga akan menjejaskan peluang penyerang Turki itu untuk beraksi untuk negaranya dalam kejohanan EURO2020.

Difahamkan Cenk Tosun mengalami kecederaan ini semasa sesi latihan kelab.

Dan Crystal Palace kini menanti keputusan imbasan tetapi mereka sudah bersedia untuk menerima berita terburuk.

Kemungkinan Tosun tidak akan atau mungkin beraksi satu, dua perlawanan dari baki 10 perlawanan PL musim ini, juga masih tidak dapat diputuskan samaada dia cukup cergas untuk beraksi di EURO2020.

Kecederaan ini juga akan menjejaskan perancangan jangka masa panjang di antara dirinya dan Palace, kerana Palace mempunyai pilihan untuk membelinya selepas atau semasa kontrak pinjamannya di situ dari Everton.

Palace boleh membelinya dengan harga £20 juta andai dapat mengelak dari tersingkir dari liga musim ini.

Everton juga telah bersetuju untuk membayar gajinya andai dia terpaksa berehat lama akibat kecederaan ini.

Sejak berpindah ke London, pemain berusia 28 tahun ini sudah membuat lima penampilan bersama Palace dan menjaringkan satu gol.

Cenk Tosun meraikan jaringan pertamanya bersama Crystal Palace ketika seri 2-2 lawan Manchester City

Sejak sertai Everton pada 2017, Tosun sudah membuat 51 penampilan dan menjaringkan 10 gol dalam semua kejohanan.

Namun dia kurang mendapat minit permainan pada musim ini, dan ini menjejaskan peluangnya untuk mewakili negaranya dalam kejohanan EURO nanti.

Perpindahan ke Selhurst Park sedikit menaikkan kembali keyakinannya, namun kecederaan ini menjadi titik kecewa dalam kariernya.

Be the first to comment