David Luiz puji ketenangan Pablo Mari

Pablo Mari

David Luiz memuji pasangan pertahanan tengahnya, Pablo Mari selepas aksi yang tenang membantu the Gunners menang selesa ke atas Portsmouth awal pagi tadi.

Arsenal menewaskan the Pompey 2-0 dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA di Fratton Park untuk menempah slot pusingan suku akhir.

Sokratis Papastathopoulos dan Eddie Nketiah masing-masing menjaringkan satu gol pada setiap separuh masa.

Dan David Luiz pertama kali beraksi di bahagian pertahanan tengah bersama pemain baru kelab, Pablo Mari yang tiba ke Emirates secara pinjaman dari Flamengo.

Dia kelihatan sangat tenang menangani setiap serangan awal Portsmouth pada awal perlawanan, dan seterusnya mengakhiri perlawanan dengan mencatat clean sheet.

STATISTIK PABLO MARI lawan Portsmouth

  • 90 minit
  • 100 sentuhan bola
  • 77 hantaran bola
  • 13 hantaran bola jauh
  • 3 menang perebutan bola di udara
  • 3 halangan rembatan
  • 5 clearances
  • 1 clean sheet
Pablo Mari

Selepas wisel penamat ditiupkan, David Luiz memujinya sebagai Mari sebagai pemain yang bagus sedang dia akhirnya membuat penampilan pertamanya selepas kembali ke kecergasan penuh.

Pemain Brazil berusia 32 tahun tersebut memberitahu dalam laman website rasmi kelab:

“Saya sangat gembira untuk Pablo, dia seorang yang baik, pemain yang bagus dan bermain dengan baik, jadi kami perlu membantu sesama sendiri.

“Kami seramai 25 orang pemain bersedia untuk bermain untuk Arsenal dan bersedia untuk memberikan yang terbaik.”

“Dan apabila berlaku seperti tersebut, kami seronok bermain bola sepak dan saya akan beritahu kepada mereka, terutama para pemain muda yang baru mula untuk bermain bolasepak.

“Mereka mendapat peluang yang hebat di sebuah kelab yang besar, dan mereka melakukan dengan baik.

“Jadi saya rasa berbangga dapat bermain dengan mereka.”

Pablo Mari kini berharap akan dapat terus bermain dengan skuad utama selepas kembali ke kecergasan penuhnya.

Dia mungkin akan dipilih untuk perlawanan menentang West Ham United pada hujung minggu ini.

Be the first to comment