Dilahirkan sebagai pemimpin, namun terdapat ‘pro’ dan ‘con’ Xhaka sebagai kapten Arsenal.

Granit Xhaka merupakan bekas kapten Arsenal yang dilucutkan peranannya kerana ‘bertengkar’ sesama penyokong sendiri pada era Unai Emery berkuasa.

Ketika ini, peranan kapten pasukan dipegang oleh Aubameyang, yang mana Arteta tidak melakukan sebarang perubahan pada jawatan tersebut semenjak mengambil alih The Gunners.

Bagi penulis, prestasi Xhaka bukanlah seteruk mana untuk ‘melayakkan’ beliau menerima kecaman ataupun ugutan terhadap keluarganya.

Lebih malang, ugutan dan kecaman serta makian itu hadir dari kalangan ataupun daripada peminat dan penyokong Arsenal sendiri.

Dikecam kerana prestasi hambar dan mengecewakan, namun pada era tersebut (permulaan musim ini dibawah Emery), boleh dikatakan keseluruhan pasukan dan pemain gagal mempamerkan sesuatu yang mampu untuk memenuhi ‘nafsu’ peminat dan penyokong The Gunners.

Namun, Xhaka kerap menjadi mangsa cacian dan makian selepas beberapa pemain lain turut pernah mengalami situasi yang sama.

Pengakhirannya, beliau (Xhaka) gagal mengawal emosi ketika di boo oleh peminat sendiri dilaman sendiri.

Namun kehadiran Mikel Arteta bagaikan ‘penisilin‘ yang merawat ‘sakit’ dan ‘luka’ pasukan.

Terdapat pelbagai jenis penisilin dan setiap satunya adalah khusus untuk membunuh kuman tertentu.

Di bawah Arteta, Xhaka telah mempamerkan aksi yang cukup mengagumkan dan beliau telah beraksi kesemua perlawanan sejak itu, serta sukar untuk melihat beliau digugurkan ataupun direhatkan.

Dan perkembangan itu juga, menyebabkan nama beliau kembali disebut untuk menggalas peranan kapten pasukan.

Respon peminat dan penyokong mengenai cadangan ataupun ura-ura untuk memberikan kembali lilitan kapten kepada Xhaka, sudah tentu akan berpecah kepada dua.

Sama ada anda setuju atau tidak. Pasti terdapat dua kelompok yang mempunyai pendapat berbeza.

Pasti terdapat dua pendapat dari peminat Arsenal mengenai kebaikan dan keburukan jika Xhaka diberikan kembali peranan tersebut.

Positif: Xhaka sememangnya dilahirkan sebagai pemimpin.

Perkara itu tidak dapat dinafikan lagi apabila hampir kesemua pasukan yang diwakilinya, beliau merupakan kapten termasuklah skuad kebangsaan Switzeland.

Walaupun terpalit dengan insiden ‘berkelahi’ bersama penyokong sendir, namun ianya tidak mampu membuang ciri-ciri yang dimiliki Xhaka sebagai kapten pasukan sepenuhnya.

Kita semua telah melihat bagaimana dia bersemuka dengan pengadil dan mengadu atau membuat bantahan mengenai segala perkara yang dilakukan terhadap pemain kita.

Dan kita juga dapat menyaksikan bagaimana dia secara lisan telah memberi motivasi kepada ahli pasukan ketika di atas padang walaupun dia bukanlah kapten.

Yang penting sekali adalah pemain-pemain Arsenal sendiri yang telah memilih beliau (Xhaka) sebagai kapten mereka pada awal musim ini.

Negatif: Xhaka dan kapten tidak ‘ngam’.

Peranan kapten dengan Xhaka sendiri tidak ‘ngam’ di Arsenal.

Lebih-lebih lagi Xhaka bukanlah pemain yang digemari peminat walaupun mendapat kepercayaan pemain Arsenal sendiri termasuk pengendali pasukan.

Tindakan beliau yang ‘berkelahi’ dengan dengan peminat dan penyokong merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima sebenarnya.

Jelas beliau gagal mengawal emosinya dalam berdepan situasi sukar bersama pasukan (mungkin ugutan terhadap keluarganya sedikit membuatkan beliau terganggu).

Menang dihati rakan-rakan sepasukan dan pasukan, namun gagal memenangi hati peminat dan penyokong.

Inilah kekurangan beliau, yang mungkin akan menjahanamkan karier beliau sekiranya terus menggalas peranan kapten pasukan.

Permohonan maaf beliau jelas tidak semua dapat menerimanya.

Mungkin anda mempunyai pendapat sendiri mengenai Xhaka selaku kapten pasukan Arsenal, namun pendapat penulis adalah seperti diatas untuk ‘pro and con’ Xhaka diberikan kembali lilitan kapten.

Dan tulisan ini juga bukanlah untuk menidakkan kemampuan Auba selaku kapten pasukan.

Cuma topik ulasan dan pendapat kali ini adalah mengenai lilitan kapten diberikan kembali kepada Xhaka.

Kekecewaan Auba dengan Martinelli cuba memujuk dan memberi sokongan kepada kapten.
About MyGooners 881 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment