Connect with us

AC Milan

Hantar balik ke Arsenal.

Published

on

“Kenapa Gazidis tidak kembali ke Arsenal?” – Tidak puas hati dengan kerja-kerja eksekutif di AC Milan menurut lagenda Itali.

Selama kurang 10 tahun, Ivan Gazidis telah menjadi Ketua Eksekutif Arsenal, menggantikan Keith Edelman sehingga 2018 apabila berpindah ke Milan.

Gazidis gagal menjadi tokoh popular di Emirates dan pastinya tidak mendapat kredit diatas usahanya melantik Unai Emery bagi menggantikan Arsene Wenger apabila pengendali pilihannya itu disingkir keluar dan telah digantikan dengan Mikel Arteta.

Berpindah dari London ke Itali, Gazidis segera membuat perubahan mengenai perkara-perkara yang dilakukan di San Siro.

Beliau lebih banyak mempraktikan dengan memberi tumpuan kepada bakat muda dan bukannya pendekatan terhadap pemain-pemain berpengalaman yang digunakan kelab sebelum ini, dimana jelas tidak berjaya.

Advertisement

Di bawah pengawasannya, kelab itu menamatkan saingan Serie A ditangga kelima musim lalu, yang merupakan penampilan liga terbaik mereka dalam tempoh enam tahun.

Namun ia masih menyebabkan pengurus mereka bertukar dengan Gennaro Gattuso gagal dipertahankan ataupun dikekalkan dan juga pergolakan di belakang tabir juga dilaporkan terjadi.

Selepas Leonardo meletak jawatan sebagai Pengarah Teknikal, Paolo Maldini dan Zvonimir Boban dibawa masuk untuk mengambil alih peranan tersebut.

Semua perubahan itu turut menyaksikan Stefano Pioli kini bertanggungjawab mengendalikan kelab setelah Marco Giampaolo hanya bertahan tujuh perlawanan.

Giampaolo, pengendali Itali kelahiran Switzerland itu gagal membantu memulihkan keadaan mereka dan Milan dibawah Piolo kini menduduki tempat ketujuh Serie A, tiga mata di belakang Napoli tetapi masih mempunyai satu perlawanan di tangan.

Advertisement
Marco Giampaolo hanya mengendalikan tujuh perlawanan AC Milan sejak dilantik pada 19 Jun 2019 sebelum dipecat pada 8 October 2019.

Situasi ini telah membawa kepada banyak lagi perbincangan mengenai perubahan yang lebih banyak lagi.

Dan idea untuk membawa Ralf Rangnick dalam peranan Arsene Wenger telah dipuji oleh media Itali.

Ralf Rangnick, kini menjadi Ketua Sukan dan Pembangunan di Red Bull GmbH.

Ini semua membawa kepada kisah (jangkaan) pengakhiran Gazidis di Milan, lebih-lebih lagi hubungan kedua-dua Maldini dan Boban dengan beliau juga dikatakan tidak berapa baik.

Malah kedua-dua pasangan itu ( Maldini dan Boban ) telah mengkritik Gazidis dalam wawancara bersama Gazzetta dello Sport, menyebabkan huru-hara dalam kepimpinan di Milan.

Sekarang terdapat ura-ura mengatakan bahawa Boban boleh dipecat, yang juga boleh melihat Maldini disingkirkan, dan ini berlaku ketika Christian Vieri yang bercakap dengan Tiki Taka di Mediaset.

Disampaikan oleh Calciomercato, dia berkata: “Boban telah melakukannya dengan baik.

Advertisement

“Gazidis pergi bercakap dengan [Rangnick] apabila dia tidak ada kena mengena dengannya.

“Tetapi siapa Gazidis? Apa yang dia buat? Boban dan Maldini berada dalam peranan itu.

“Perlu ke Boban diam?

“Dalam kehidupan, anda perlu menjadi lelaki dan mempunyai ‘telur’, dan Boban memiliki itu.

Advertisement

“Maldini memanggil Boban untuk bekerjasama, mereka adalah kawan yang sangat rapat.

“Boban belum dipecat, apa yang berlaku adalah seorang pengecut dan yang lain bukan boneka.

“Beliau mempunyai keperibadian dan berkata ketidakpuasan didepan anda.

“Kenapa Gazidis tidak kembali ke Arsenal? ”

Advertisement

Jangan Vieri… jangalah suruh Gazidis kembali ke Arsenal.

Kami (peminat dan penyokong Arsenal) tidak mahukan Gazidis di Emirates.

Tolonglah simpan dia disana..

Advertisement