Connect with us

Arsenal

Hari Laca dihitung, peminat mahukan pemain Everton.

Published

on

Peminat Arsenal mendesak Calvert-Lewin dari Everton untuk ‘pulang’ kerana tweet lama.

Pada bulan Mac 2013, Dominic Calvert-Lewin – yang bermain untuk Everton pada masa ini – memuat naik status di media sosial untuk menyatakan rasa cinta dan sayangnya kepada Arsenal.

#COYG,’ merupakan kapsyen yang Calvert-Lewin ciapkan hampir tujuh tahun lalu.

Ciapan lama Calvert-Lewin ‘#COYG’

Dan ramai penyokong Arsenal teruja dengan membalas ciapan tersebut dengan memintanya untuk menyertai The Gunners.

Adalah dipercayai bahawa ciapan itu telah dibuat ketika perlawanan Liga Juara-Juara diantara Arsenal menentang Bayern Munich di Allianz Arena, dimana pasukan bimbingan Arsene Wenger memenangi 2-0 pada malam itu, tetapi kalah secara agregat 3-3, setelah gol ditempat lawan diambil kira.

Advertisement

Ia masih tidak diketahui dengan tepat pasukan manakah yang menjadi pilihan penyerang itu pada masa kini tetapi dia diketahui telah menjadi peminat Sheffield United ketika sedang membesar.

Tetapi peminat The Gunners dengan pantas membalas ciapan itu untuk menghantar mesej pujukan kepada bintang Everton itu.

Antara respon peminat dan penyokong Arsenal terhadap ciapan tersebut:

“Come home lad.”

Advertisement

“Your days are numbered, Laca.”

“Replace Lacazette please.”

“Fantastic striker. Arsenal should get him soonest.”

https://twitter.com/CalvertLewin14/status/311926922345058305

Calvert-Lewin telah menjaringkan 24 gol dalam 104 penampilan untuk The Toffees.

Beliau berada dalam prestasi terbaik dan sangat cemerlang musim ini, menjaringkan 13 gol dalam 26 perlawanan liga setakat ini.

Advertisement
Dominic Calvert-Lewin, 22 tahun

Adakah anda turut teruja untuk melihat pemain ini bersama Arsenal?