Harry Kane tidak menolak kemungkinan berpindah keluar dari Tottenham

Tottenham Hotspur
Harry Kane

Penyerang utama Tottenham, Harry Kane telah meluahkan kekusutan dirinya tidak memenangi sebarang trofi bersama Spurs setakat ini, dan menyatakan dirinya bersedia untuk berpindah keluar andai tiada perubahan situasi.

Pemain Inggeris ini sedang dalam proses pemulihan dari kecederaan hamstring tetapi sudah menceritakan mengenainya cita-citanya kepada pengulas Sky Sports Jami Redknapp dalam satu perbualan menerusi Instagram pada petang Ahad.

Apabila ditanya samaada di akan berada di Tottenham sepanjang kariernya, Kane menggariskan kemahuannya untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia dan dia tidak akan terus kekal di Spurs andai dia rasa dia tidak dapat mencapai apa yang dia inginkan di kelab.

“Salah satu daripada perkara itu, saya tidak boleh katakan ya atau tidak. Saya sayang Spurs, sentiasa sayangkan kelab ini.

“Tetapi saya selalu cakap kalau saya tidak rasa kita ada peningkatan sebagai satu pasukan atau bergerak ke arah yang betul, maka saya bukanlah seseorang hanya bersama kelab hanya kerana itu,” katanya kepada Redknapp.

“Saya seorang pemain yang bercita-cita tinggi, saya mahu meningkatkan diri dan menjadi lebih baik, saya mahu menjadi salah seorang pemain terbaik.

“Semuanya bergantung apa yang berlaku dan bagaimana kami maju sebagai satu pasukan.

Jadi memang tidak akan jadi satu kepastian saya akan terus berada di sini selamanya.”

Tottenham tewas perlawanan akhir Piala Liga dan Liga Juara-Juara Eropah di bawah bekas pengurus Mauricio Pochettino dan Kane berkata dia sukar untuk menerima kegagalan untuk memenangi trofi – melihat kualiti skuad Spurs dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Harry Kane sudah membuat 10 penampilan dan menjaringkan tujuh gol di bawah pengurus Jose Mourinho

Walaubagaimanapun, dia optimistik perkara boleh berubah, melihat catatan rekod yang ada pada pengurus baru Jose Mourinho.

“Saya sudah mengatakannya sebelum ini, kami mempunyai pasukan yang fantastik tetapi atas satu sebab atau lain-lain kami tidak dapat trofi-trofi tersebut.

“Kamu boleh lihat kami mempunyai pasukan yang boleh mendapatkannya,” kata Kane.

“Ianya perkara yang sukar untuk ditelan sebagai pemain. Saya mahu menang segalanya jadi apabila kami sudah hampir memenanginya tetapi tidak berjaya mencapainya, memang sukar untuk dikatakan dan kena bina semula pasukan.

“Tetapi dari sudut pandangan saya, dan dari sudut pandangan pasukan, apa yang kamu boleh buat ialah melakukan segala yang mungkin, memberikan permainan terbaik kamu untuk memenangi setiap perlawanan, untuk memenangi trofi-trofi. Kami masih belum sampai lagi ke tahap itu.

“Pada musim hadapan, dia [Mourinho] mempunyai peluang pertama untuk mengendalikan pra-musim bersama pasukan dan menempatkan nilai-nilainya ke dalam pasukan dan kita akan lihat apa yang akan berlaku.

“Sudah tentu saya mahu menang, saya mahu menang trofi, saya mahu melakukannya sekarang atau kemudian hari.”

Kane juga mengatakan dia gembira bekerja dengan Mourinho setakat ini dan rasa sungguh inspirasi dapat bermain untuk seorang pengurus yang dia selalu lihat ketika dia sedang membesar.

“Tetapi dia juga menegaskan para pemain harus memberikan respon dan meningkatkan permainan mereka ke atas setiap latihan dan tunjuk ajar Mourinho.

“Dia datang dan melihat apa yang kamu ada,” kata Kane.

“Dia seorang yang jujur – dia akan memberitahu kamu samaada kamu melakukan sesuatu dengan baik atau tidak.

“Dia juga akan memberitahu kamu samaada dia suka atau tidak suka kamu!

“Dari sudut pandangan saya, saya membina perhubungan yang baik dengannya.

“Kami bercakap selama beberapa hari mengenai beberapa perkara termasuklah mengenai pasukan, bila kami akan bermain, apa yang kami boleh lakukan dan bagaimana kami boleh meningkatkan diri.

“Saya teruja untuk melihat bagaimana perhubungan ini dan apa yang kami boleh lakukan di atas padang.

“Dia sangat bagus setakat ini dan saya tahu dia teruja untuk meletakkan pengaruhnya ke dalam pasukan apabila mendapat peluangnya.

“Apabila seseorang pengurus seperti dirinya datang dan anda tahu dia sudah memenangi pelbagai kejuaraan, saya pasti dia tiada niat untuk tidak melakukannya di Spurs.

“Dari sudut pandangan pemain, kami tahu kami mempunyai seorang pengurus yang hebat, jadi sekarang bergantung kepada kami untuk memberikan yang terbaik di luar sana.”

Be the first to comment