James Maddison cuba pikat Arsenal?

Adakah James Maddison cuba menggoda Arsenal menerusi tweetnya?

18 tahun yang lalu, Dennis Bergkamp dari Arsenal telah menjaringkan gol terunggulnya ketika menentang Newcastle dan James Maddison antara individu terawal yang memuji pemain Belanda itu di laman Twitternya.

Maddison, musim ini telah menarik perhatian ramai dengan aksi dan persembahan mantapnya, serta beliau juga merupakan salah seorang pemain utama Leicester ketika ini.

Tindakan beliau yang menyatakan kekagumannya terhadap gol ‘ajaib’ Bergkamp ketika menentang Newcastle itu, membuatkan ramai peminat dan penyokong Arsenal teruja dengan rata-rata mengharapkan beliau akan menyertai Arsenal.

Komen Maddison yang memuji Bergkamp dengan ciapan semula (re-tweet) video yang disiarkan oleh Arsenal.

Adakah itu memberi petunjuk bahawa beliau menyukai ataupun meminati Arsenal?

Maddison, ketika ini juga menjadi pemain yang diminati oleh kebanyakkan peminat dan penyokong Arsenal.

Malah mereka juga mengharapkan agar Arsenal bertindak membeli pemain tersebut.

Dengan ciapan semula Maddison terhadap video yang disiarkan Arsenal pada laman twitter itu, adakah ianya memberikan sesuatu petanda?

Atau adakah beliau hanya sekadar memuji jaringan terhebat dan terulung dalam sejarah Liga Perdana Inggeris?

Sebelum ini juga, beliau dikatakan turut memuji pemain Arsenal, Mesut Ozil.

Ciapan Maddison yang memuji Ozil hampir dua tahun lalu.

Apa pandangan anda mengenai ini? Kongsikan bersama kami.

Berikut adalah respon peminat dan penyokong Arsenal terhadap ciapan Maddison.

Antara yang berhajat untuk Arsenal menandatangani Maddison.
Marah nampak?
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment