Jangan ulangi kesilapan seperti Mesut Ozil.

Lagenda Arsenal, Martin Keown memberi amaran kepada Mikel Arteta supaya tidak mengulangi kesilapan sebagaimana Mesut Ozil berhubung masa depan Pierre-Emerick Aubameyang.

Keown memberi amaran kepada kelab untuk tidak menawarkan kontrak mewah untuk mengekalkan Aubameyang atau Lacazette.

Malah beliau juga mengatakan bahawa The Gunners seharusnya mempertimbangkan untuk menjual pemain tersebut.

Aubameyang akan memasuki 12 bulan terakhir kontraknya pada musim panas ini dan The Gunners berusaha untuk mengikatnya dengan perjanjian baru di tengah-tengah spekulasi hangat penyerang Gabon itu boleh meninggalkan Emirates pada musim panas ini.

Arteta pula dilaporkan akan berusaha untuk menghalang Arsenal daripada melakukan kesilapan sama sebagaimana musim lalu terhadap Aaron Ramsey, di mana pemain tengah itu dilepaskan secara percuma ke Juventus selepas kelab membenarkan pemain itu bermain dalam kontrak terakhirnya di Emirates.

Situasi sama seperti Ozil dan Sanchez.

Tetapi pemain pertahanan lagenda Arsenal, Martin Keown memberi amaran bahawa kelab itu juga harus mengelak kesilapan yang dibuat terhadap Ozil, yang menandatangani kontrak baru dengan menyaksikan pemain itu menerima gaji £ 350,000 setiap minggu, sebelum kontraknya berakhir.

Alexis Sanchez telah dijual kepada Manchester United di pertengahan musim yang sama, dan sebaliknya Arsenal terpaksa bertindak untuk mengekalkan Ozil, namun persembahan pemain tengah itu tidak konsisten.

Keown menggesa pihak The Gunners supaya mempertimbangkan untuk menjual Aubameyang dan Alexandre Lacazette, yang mana kontraknya bakal berakhir pada Jun 2022.

Sama ada kedua-dua ataupun salah seorang daripada penyerang itu mungkin akan mencari jalan keluar meninggalkan Emirates sekiranya Arsenal sekali gagal untuk layak ke Liga Juara-Juara.

“Keputusan penting perlu dibuat [dengan Aubameyang dan Lacazette],” kata Keown kepada Goal.

“Adakah mereka akan kekal atau tidak?

“Adakah Arsenal harus menghadapi prospek kemungkinan akan kehilangan Aubameyang?

“Saya tidak mahu melihat dia pergi, tetapi mereka juga tidak mahu menerima kekecewaan juga.

“Anda boleh berdebat mengenai Ozil bahawa apa yang berlaku kerana pada masa itu [Alexis] Sanchez dan Ozil adalah dua pemain besar dan mereka tidak mahu kehilangan kedua-duanya sehingga mereka melabur terhadap Ozil.”

Selepas Ozil dan Sanchez, Arsenal kini memiliki Auba dan Laca sebagai nama besar didalam skuad.

Dan kini mereka tersepit untuk membuat pilihan mengekalkan mereka.

Kegagalan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara pastinya memberi kesan kepada kewangan kelab dan ianya juga pasti mengganggu urusan pembaharuan kontrak dengan melibatkan gaji yang tinggi.

Adakah anda setuju dengan pendapat Keown atau Arteta?

About MyGooners 867 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment