Jonjo Shelvey dan Matt Ritchie tandatangani kontrak baru bersama Newcastle United

Dua pemain ini telah tandatangani kontrak baru bersama the Magpies sehingga musim panas 2023.

Shelvey, yang menyertai Newcastle dari Swansea City pada Januari 2016, memberitahu NUTV bahawa dia berasa seperti “di rumah sendiri” di sini. Dia merupakan penjaring gol PL terbanyak kelab musim ini dengan lima gol.

Sementara itu, Ritchie pula berkata dia mahu kekal di Newcastle selepas melalui satu tempoh yang berjaya di kelab sejak menyertai mereka dari Bournemouth pada musim panas 2016.

Pengurus kelab, Steve Bruce gembira dapat mengekalkan kedua-dua pemain ini di kelab dalam satu sidang media menjelang perlawanan PL menentang Southampton pada Sabtu ini.

Bruce berkata: “Mereka sangat bagus sejak beberapa tahun ini dan saya cukup bertuah untuk bersama mereka. Saya bersyukur ada kesimpulan yang baik selepas ini.

“Mereka sudah berada di sini hampir empat tahun dan penglibatan mereka dalam pasukan ini sungguh besar.

“Nuklues pasukan untuk memenangi Championship masih berada di sini dan mereka berdualah antara yang memainkan peranan utama.

“Kita semua tahu siapakah si Ritchie ini, tidak pernah membosankan. Dan Jonjo pula merupakan seorang pemain yang sangat berbakat.

“Mari berharap kita dapat melengkapkan beberapa penyambungan kontrak lagi.”

Bruce sangat teruja untuk mengikat kontrak lebih lagi buat adik beradik Longstaff iaitu Matty dan Sean. Sean mempunyai baki dua tahun lagi dalam kontrak terkininya, manakala Matty bakal menjadi ejen bebas pada musim panas nanti.

“Mereka sedang berbincang dengan pihak kelab, jadi kami berharap ada keputusan yang positif,” tambah Bruce lagi.

Newcastle kini berada di tangga ke-14 liga dengan 32 mata, dua mata ketinggalan dari Southampton, yang akan menjadi lawan mereka dalam perlawanan PL minggu ini.

Kemenangan ke atas S’oton akan menjauhkan lagi kedudukan mereka dari zon penyingkiran.

Be the first to comment